Owh. Sekali Lagi Aku Diumpat Secara Live!

By Mizz Coki - Ogos 11, 2011

Wo oh! kamu ketahuan mengutok lagi akan diriku yang lancang ini! (Sila nyanyi ikut tune lagu Matta Band itu).

Kalau pernah ikut blog bahasa Inggeris aku dulu korang mesti akan ingat kisah aku kena kutok kaw-kaw di dapur tanpa derang menyedari aku dah terpacak tercegat kat pintu.  Memang mantap!

Kisah ini berlaku 2-3 minggu lepas.  Pada satu pagi Ahad, aku turun lambat ke dapur sebab nak skip breakfast lepas tu terus memasak awal untuk makan tengah hari.  Kira awal lah kalau nak masak untuk lunch sebab time tu jam baru je pukul 9:50 pagi.  Aku lambat keluar dari bilik sebab apdet blog dan surf internet dulu.  Masa kat dapur adalah terdengar sayup-sayup suara MIL dan isteri kazen hubby kat luar dok pot pet.  Boleh dengar sebutir dua sebab selang beberapa buah rumah, anak buah hubby main gitar karan dia.  Hambik ko!  Tapi tak lama lah lepas tu dia stop main so suasana pun hening kembali.

Ingatkan dah aman damai.  Mula-mula dengar derang pot pet sok sek pasal adik ipar aku.  Rasa tak sedap hati terus aku buat-buat suara tinggi.  

"HAMBOOIIII... SEDAPNYA ANYAM KETUPAT PUKUL 10 PAGI.  TAK REBUS SEKALI KERRRRWWWWW???"

Tapi tetaplah MIL aku dan 'menantu' dia ni meneruskan pembicaraan yang panas.  Penyibuk je hal orang.    Lepas tu korang tau apa yang jadi?  Topik perbincangan mereka bertukar kepada aku.  CILAKE.  Apa yang derang cakap tak perlulah aku letak kat sini tapi kalau korang jadi aku korang memang dah cantik-cantik lepas mandi terus jadi hodoh macam Hulk.  OK.  Ketepikan soal itu.


Sekurang-kurangnya, aku boleh jaga laki dan anak aku.  Eleh mengata orang pandai, anak sendiri masuk lokap (kes curi motosikal) ingat kiterang tak tau ke Cik Kak?  Kiterang dah tahu dah tapi pura-pura tak tahu sebab tak nak malukan kau.  Taulah kau jeles sebab kau suri rumah je, nak beli barang pun hadap duit laki.  Aku dan adik ipar aku wanita berkarier.  Suka hati kiterang lah nak merendek ke shopping mall hujung minggu, tak hadap duit laki kiterang pon.  Sapa suruh sekolah takat Darjah 6 walhal mak bapak kau mampu sekolahkan adik-beradik kau yang lain.  Kau saja gatal merenyam sebab tu berenti sekolah awal.  Redha jelah dengan keadaan kau yang terperuk kat ceruk dapur 24 jam.  Aku pun bukannya bagus sangat, bukannya belaki ngan jutawan sekalipun tapi aku bersyukur ada tempat berteduh, boleh berjalan-jalan tengok tempat orang walaupun setahun sekali, boleh beli barang dengan duit sendiri, ada anak dan laki yang sayang kat aku.  Macam-macam manusia zaman sekarang.  Oleh itu kawan-kawan, bersyukurlah!

OK, lagu ini untuk kita semua!!




  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan