Mari Aku Ajarkan Cara Menikmati Snek MAMEE

By Mizz Coki - Ogos 25, 2011

Meh cakap sini sapa tak pernah makan snek MAMEE yang rangup itu.  Masa aku kecik-kecik dulu (tahun 80-an) snek ni besar dan padat je tak tau kenapa sekarang ni makin slim.  Kesian anak aku tak dapat menikmati satu paket dengan puas melainkan makan 5 paket sekaligus baru terasa kenikmatan MAMEE atau ibunya ini yang semakin membesar jadi semua benda di sekeliling bertukar menjadi cinonet??  Abaikanlah rumors yang mengatakan bahawa MAMEE itu haram seperti yang didakwa pada tahun lepas sana sini sitok sinun mereka berkata-kata bahawa MAMEE tidak HALAL.  Well, anggaplah MAMEE itu adalah artis, bila jadi terkenal maka ramailah yang dengki dan berusaha untuk menjatuhkan nama baik mereka itu.  
Mamee brand has been around for over 35 years and Mamee products has all these while been a trusted HALAL product. You can check out the halal status on Jakim’s official page. 
Bercakap tentang MAMEE ni kan, ada macam-macam cara menikmatinya.  Macam aku kat ofis ni, aku paaaaaaaaling suka gila babas makan MAMEE diiringi kopi Indocafe.  Memang sedap.  Nak-nak aku turun bawah ofis beli dalam 4-5 paket lepas tu krup krap sambil buat kerja.  Best!

Well, memandangkan tak lama lagi musim cuti menjelang tiba dan kita akan beraya dalam merdeka, pasti ramai amik peluang ini untuk balik kampung atau paling tidak meronda-ronda, 'raun-raun' kata orang Sarawak.  Round-round la tu!  Well, belilah satu paket BESAR PUNYA!! Makan ramai-ramai satu famili dalam kereta sambil borak-borak so driver tak mengantuk dalam perjalanan jauh balik ke kampung.


(IKLAN MAMEE MEMANG SELALU BEST!)

Takpun, masa Hari Raya tu kadang-kadang bebudak ada kureng sikit nak makan juadah heavy atau asik-asik kena makan gula-gula right?  Why not hidangkan satu dulang seronok tengok budak-budak (dengan mak bapak budak sekali!) berebut-rebut nak makan MAMEE, how sweet oh seronoknya kan?

Tak percaya?  Try MAMEE dengan minuman kegemaran korang dan enjoy jadi potato couch masa cuti nanti, korang tengoklah sendiri, alami sendiri betapa sioknya makan MAMEE kat rumah!



  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan