Layan Lagu Apa Masa Buat Kerja?

By Mizz Coki - Ogos 09, 2011

Heyyah!

Hidup kembali normal.  Sambil buat kerja kat ofis sambil ditemani se-mug kopi Indocafe O.  Oh perlu ada musik muzik.  Tanpa muzik kerja tak jalan doh.  Ada kan manusia macam tu?  Mereng.  OK.  Ada orang suka pasang MP3 sambil kaki goyang-goyang buat kerja.  Aku pun tak terkecuali.  Lagu yang aku suka, pasti, gerenti, harus, wajib dengar mestilah koleksi lagu-lagu R&B 80-an dan 90-an (tiba-tiba rasa diri sangat tua haha!).  Zaman kebangkitan Babyface, Dru Hill, Toni Braxton, Boyz II Men, perggghhh!  Zaman nilah budak-budak skolah dah pandai sebut menatang alah Woofer.  Takde woofer lagu-lagu derang jadi macam masakan kurang garam.  Budak-budak umur 20 tahun ke bawah mesti tergaru-garu kepala memikirkan apa benda yang makcik ni cakap.  Yelah, korang mana kenal kan, lainlah kalau Rihanna, Nicky Minaj, Selina Gomeh, Jastin Bibir, Jastin Tebalik ......

Glenn Fredly.  Ni je foto dia yang agak-agak cun lah.  Boleh pakai punya.  Memang dia tak ensem pon tapi suara dia terbaek!

Selain dari itu, aku paaaaaaling suka album Selamat Pagi! Dunia dari Glenn Fredly.  Album lama lah bai, tahun 2004 kalau tak silap.  Sapa-sapa tengah patah hati, kecundang bercintun, frust tertonggeng, silakan mendengar lagu-lagu dari album ini.  Tapi favorit tracks dalam album ni tetaplah lagu wajib 3 serangkai ni:  JANUARI, AKHIR CERITA CINTA, KISAH TAK BERUJUNG.  Memang meraung-raung sapa yang tengah putus cinta bila dengar lagu ini.  +______+

Jom layan lagu kat video ni.  Akhir Cerita Cinta.  



Nah.  Sapa tak terasa nak nangis memang hati batu!

*srooottt!!!* efek hembus hingus takde tisu.



  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan