Laki Laki Buaya Darat!

By Mizz Coki - Ogos 15, 2011

Ish.  Gambar cuma untuk hiasan intro entri kali ini.  Bertuah buaya plastik ni dapat mengemam nenen plastik (silikon?) kankankan?  Haha.


Masih lagi teringat-ingat insiden KFCM @ Apek yang kantoi dengan Dahlia Teck (Teck Kong? ahahaha!) berpegangan tangan nasib baik tak melompat-lompat macam kanak-kanak dalam program Barney the Purple Dinosour tu.  Yelah, kegirangan di theme park haruslah sambil berpegangan tangan sambil melompat-lompat kijang kan?

Well.  Lupakan hal itu.  Elia is moving on (You Go Girl!).  Saja buat entri ni sebab bila dengar kisah Elia - Fahmi ni teringat kat diri sendiri satu ketika dulu.  Masa tu masih budak bodoh baru berumur 19-20 tahun macam tu.  Memang bodoh kalau diingatkan balik.

Buaya darat ni mula-mula susah dikesan.  Tapi tembelang dia makin hari makin terserlah kalau dia tak pandai menjaga tembelang dia.  Macam balak sorang ni kan, depan aku punyalah baik, caring dan loving siot.  Balik travelling je macam-macam barang dia beli kat aku, takde maknanya cokelat semua tu.  Pastilah baju, kasut, perfume eewww tiba-tibar masa aku type ni terasa macam kaki kikis pulak doh.  OK.  Pompuan katakan.  Nak-nak yang baru kenal dunia bila dah dihadiahkan benda mahal pastilah tak banyak soal ye dak?  

1.  Kantoi kali pertama:
Masa tu aku tengah duduk kat living room.  My ex belikan seluar tapi terpanjang sikit kakinya so nak kena mintak potong jadi dia bawaklah pergi ke tailor tak jauh dari apartmen dia.  Aku duduklah menonong sambil baca magazine tiba-tiba telefon rumah berbunyi takkan ko nak biarkan berdering-dering kan?  Aku angkatlah.  Ada suara wanita Cina, agak2 berumur lah suara dia tanya mana ex aku pergi so I said to her, "Ermm he went out to fix my trousers".  Tau dia jawab apa?  "WHY? YOU CAN'T FIX YOUR OWN TROUSERS MEH?"  Peh.  Berbaur perasaan cemburu suara dia.  Aku malas nak gaduh cuma jawab, "I CAN BUT HE'S JUST BEING ROMANTIC SO IF YOU DON'T HAVE ANY MESSAGE TO LEAVE, I HAVE TO SAY BYE BYE THEN".  *Berdentum efek guruh di langit*.  Next thing yang I tau, perempuan Cina ni tulis surat layang to my father and myself.  Isi surat dia tak payahlah aku letak sini namanya pun fitnah.  Tapi berbaloi untuk mencetuskan peperangan antara seorang dara sunti dengan MAK JANDA CINA beranak dua!  Of course kiterang dah face to face.  Janda ni siap tunjukkan parut kat perut dia, kecik je sepanjang 7-8cm kut, katanya dia buat abortion, dia mengandungkan bayi ex aku.  Aku meroyan teruk aritu, aku kata aku takkan maafkan dia, selagi dia tak mintak maaf kat ayah aku sebab taburkan fitnah pasal aku.  Cemana dia tau alamat office ayah aku? Well, dia ni rupa-rupanya tuan rumah apartmen yang ex aku sewa tu jadi semua bil-bil dia perempuan gila ni tolong bayar.  Bukan bayarkan, cuma pergi buat pembayaran, duit tu duit ex akulah.  So dia pun mengong gak, apsal dalam bil telefon ex aku ni, semua tercatat nombor rumah aku.  Dia siasatlah sapa punya nombor terus dapat nama ayah aku berserta alamat.  Lepas perang besar tu, tak berani perempuan tu buat macam-macam yelah takut aku pergi tampar ke tarik rambut dia kan.



2.  Kantoi kali kedua:
Masa tengah duduk-duduk lepak depan TV, aku bukak-bukaklah album gambar.  Hmm... OK.  Banyak gila gambar-gambar perempuan yang dia simpan.  Tak kisahlah ex dia ramai mana sekalipun tapi ada di antara gambar-gambar tengah seronok tu siap ada tarikh dan baru dalam 2-3 minggu lepas!  WTF!!  Aku tahan je sebab perut tengah lapar, dia tengah beli makanan kat luar kebetulan kan? Haha.  Tak cukup dengan itu, aku nak hilangkan rasa marah/boring/bodoh terus cari CD nak main kat player.  From:  SHARON.  Amboi.. amboi amboi.. bukan main lagi kata-kata romantis kat cover CD tu.  Cib*i!  Terus teringat apa yang janda Cina tu tulis dalam surat fitnah dia sambil menghina aku, katanya *Sharon is prettier than u.  She's like this, she's like that.. F*** U lah kerepot!  Memanglah *Sharon cantik sebab dia mixed Indian - English, aku Iban -Indonesia nenek aku masuk tak pakai paspot apa ke hey nye ko nak banding2kan aku ngan pompuan tu right?  Lepas makan, lepas makanan dah settled, aku tanya dia dengan penuh kasih sayang, sapa perempuan-perempuan dalam album tu dan sapa bagi CD romentik tu?  Tergamam ex aku kejap.  Tengah carik ayat cover line lah tu.  Macam-macamlah alasan munasabah dan munasarawak yang dia bagi tapi tetaplah aku takmo dengar sebab hati sakit sangat sangat time tu.  Yang pasti, kiterang clashed aku pun mintak diri nak balik terus tahan teksi dan nangis-nangis.  Tapi tak lamalah, dia pergi KL ada kerja katanya, bila balik macam-macam dia belikan untuk aku terus tak nangis lagi.  Bodopiang punya pompuan kan?


2.  Kantoi kali ketiga:
Wallet!  Ini kisah wallet.  Tak baik tau ko bukak wallet orang eh tapi aku tidak tau.  Masa tu kat rumah dia jugak, dia baru balik dari Singapore atas urusan kerja.  Jadi masa kemas-kemas meja kopi tiba-tiba wallet dia terjatuh.  Ler bila masa pulak wallet di atas meja? Adoii cuai lah dia ni.  Wallet tu jatuh terbukak so nampaklah ada foto kiterang kat situ but wait!  IT AIN'T MY BLOODY PICTURE.  IT AIN'T ME!! Dengan mata terbeliak aku terpukau tengok gambar wanita yang ada iras-iras aku dengan potongan rambut seakan sama dan pakai T-shirt berwarna putih seiras t-shirt Giordano yang dia belikan untuk aku.  Berderau darah aku tapi tiba-tiba potong stim bila dia rampas wallet tu dari tangan aku.  

"WHO'S THAT?  WHERE THE HELL IS MY PICTURE??? WHERE HAVE U THROWN MY PICTURE??!!"

"Hey, it's your picture.  Can't you recognize your own face?"

"GO FU*KING WITH THE FACE.  I KNOW MY OWN FACE. I AM NOT JAPANESE. THAT PICTURE, SHE'S JAPANESE I KNOW!!"

Lah sudah.. aku dah start jadi psiko.  Time ni rasa nak bunuh-bunuh dia.  

"I DON'T KNOW WHAT YOU'RE TALKING ABOUT.  YOU'RE INSANE"

"Damn you for calling me crazy.  How could you replace my picture with someone else's picture.  I never cheat on you!!.  That's it.  I'm done with this.  This ain't the first time I caught you."

Dan aksi pujuk memujuk tarik menarik pun berlaku lagi.  Letihlah macam ni tau.  Last-last aku cool down jugak. Sejak hari itu takde lagi wujud insiden gaduh-rujuk kami lagi.  Sampailah one day dia bagitau aku yang dia akan ditukarkan ke Bangkok.  Yup, the last call I received from him, pukul 1 pagi.  

Hello, I just arrived in Bangkok.  Bla..bla..bla.. (nada sedih).  You take care ya?  Love you....

Itulah kata-kata terakhir dari dia sampai sekarang aku tak tau dia hidup ke mati ke.  Yang pasti aku dah moved on.  Bukan senang nak percayakan lelaki kalau kau selalu kena tinggal dan kena tipu.  Benar.  Dulu arwah pun pernah double-timed kan aku.  Aku dok bilik jadi budak bodoh sebab dia tak dapat keluar dengan aku Sabtu tu sebab dia busy kerja.  My roommates nampak dia jalan berpegangan tangan kat Waterfront ngan pompuan lain.  Masa sekolah menengah pun macam tu jugak, elok-elok je dating tiba-tiba balak aku boleh tanya whether my OWN BEST FRIEND single ke tak sebab dia nampak macam interested sangat nak ushar.  Terasa sangat bodoh dan down giler waktu tu.  My own friend? Adake camtu?

Anyway, jangan putus asa kerana cinta.  Cinta itu akan datang sendiri tanpa perlu dipaksa.  Kena tipu dan kena tinggal tu aku rasa macam dah lali dah sebab aku tau sorang pergi saploh mari!! (statement kekwat ni!) Tapi dalam ramai-ramai tu hanya sorang saja yang mesra alam dan sesuai dan sangat-sangat memahami dan menyayangi aku seadanya.  Aku tak perlu berwajah Jepun, tak perlu tinggi macam model atau pan-Asian macam Juliana Evans untuk jadi pelengkap rusuk kirinya si Encik Badak.  

;)  Beberapa tahun kemudian, aku rasa aku ternampak dia masa balik dari church.  Masa tu jam 9 pagi macam tu aku dok dalam kereta.  Hmmmm... Tiba-tiba jantungku berdetak kencang persis lagu dangdut.  Ye ke dia?  Entahlah... aku cuma tersenyum sendiri dan JOM DARLING, KITA PERGI BREAKFAST, LAPARLAH....... Buat apa nak kenang balik, dah ada orang sayang habis full throttle kat kita right girls? +__+



  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan