Kisah Seorang Menantu Bapak (Laki Den lah Sapo Laie?)

By Mizz Coki - Ogos 18, 2011

Malam tadi.

Sorang buat repot kat laptop. Sorang lagi menjahit felt sambil tengok movie kat YouTube.  Sambil-sambil tu diselang-seli dengan chit chat cacamarba.  Tiba-tiba topik kami melalut ke mendiang ayah.  Takde lah rasa sedih-sedih sebab kami dok cita pasal insiden lawak bodoh yang kami pernah lalui bersama beliau.  OK, cerita kali ini is between my hubby and daddy.  Ayah dan menantu lelakinya.  

Pertama kali ayah check darah dan sugar level dia kat klinik kesihatan.  Masa tu ayah kena marah sebab sugar level menjulang naik.  Doktor memang berus ayah kaw-kaw punya.  Siap tanya berapa pinggan nasik makan sehari?  Apa yang suka dimakan, berkhutbah panjang jah oi!  Yalah namanya pun doktor kenalah concern tapi jangan terkejut laki aku pun terkena jugak.  Haha!  Aih?? Apsal lak aku yang kena?  Cian ko Mr. Suami.  Lepas check dan amik ubat lebih kurang terus balik rumah katanya tapi melencong ke Warung 2000 (sapa dok Kota Samarahan mesti tau tempat ni).  "Kus.. (Bukan KUSWADINATA ye? lol) Ayah laparlah.... Jom makan!"  Ayah ajak hubby gi makan, apalagi orang ngantuk disorongkan bantal, badak lapar disorong pinggan, "Orait pak! Jom!"  Memang tak serik derang ni, walhal baru je 10 minit sebelum tu doktor pot pet pasal pemakanan seimbang.

Lepas mendiang dikuburkan dua tahun lalu malam selepas tu kiterang buat majlis makan-makan sikit.  Ramai colleague ayah yang datang.  Masa tengah layan-layan tetamu ada sorang lelaki bertanya kat hubby,

AWAK NI MENANTU MENDIANG YE?

A'ah.  Saya suami anak dia yang sulung sekali....

AWAK NI SERUMAH DENGAN MENDIANG YE?

Tak bang.  Saya dok umah lain.

OHHH..KALAU MACAM TU AWAK NILAH YANG MENDIANG SELALU CITER.  MENANTU AKU YANG TAK TINGGAL DENGAN AKU TU BAIK, MENDIANG KATA.  SELALU TOLONG AKU.

Oh ye ke bang? Takdelah sangat bang.  *TERHARU* +__+

TAAAAK.  MENDIANG SELALU BORAK-BORAK DENGAN KITERANG.  AWAK NILAH YANG SELALU DIA PUJI.


Inilah perangai ayah yang unik dan sapa-sapa tak paham mesti kata ayah jahat.  Depan kita dia komen, kutok kita kaw kaw punya.  Tapi kat belakang dia puji melambung depan orang.  Itulah ayah.  Dia didik anak pun cara dia sendiri.  Aku dan adik-adik aku memang selalu kecik hati kat dia.  Masa dia dah pergi, aku pernah chat dengan kawan aku yang sama kerja dengan dia, ....dia rupa-rupanya selalu puji adik aku yang nombor tiga tu walhal kalau depan kami orang bukan main dia kata adik aku pemalas belajar, degil etc etc.

Sebab itulah kalau korang yang pernah kena sedas dua dari aku korang paham-pahamlah ye.  Ada orang yang kata penatlah, banyak masalah lah nak hantar orang tua pergi berubat bagai, menyusahkanlah.  Bayangkanlah satu hari satu masa nanti bila dia pergi baru korang terasa penangannya.

Dah hampir dua tahun dia pergi, tak pernah sesaat pun dia hilang dari ingatan kami.  Hubby selalu cakap, tulang pipi aku, gelak aku, gedik aku, celupar aku, style makan memang macam ayah habis.  Kawan-kawan mak pun selalu cakap aku peramah macam ayah, cara gelak semua macam ayah.

Ayah, kami bangga dengan ayah walaupun kami tahu ayah kadang-kadang bengang ngan kiterang.  Sampai sekarang nombor henpon ayah masih dalam BB aku.  Tak pernah aku delete.  Ayah, kami rindu kat ayah tau.  Walaupun Tuhan cuma pinjamkan ayah sekejap tapi banyak yang kami pelajari dari ayah.

Jangan nakal-nakal ye kat sana?  Miss you too much.






  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan