Khabar Tak Sihat Ni.

By Mizz Coki - Ogos 04, 2011

Cuaca sekarang mengada-ngada kan?

Dengan panas berjerebu manja-manja, ringan-ringan, tiba-tiba langit berdentum hujan lebat tapi untuk 5 minit saja.  Meroyan ke apa.  Kalau boleh masa nilah nak elakkan dari kena sakit.  Oh yes.  Dapat dah. Dapat penyakit.  Buka mata dada rasa sesak.  Dah agak dah, asma aku datang la wei!  Try bangun macam weng aje nasib baik ada hubby kat sebelah.  Ambik hp terus koling-koling boss kecik dan hantar SMS kat member.  Hubby suruh baring balik.  Nak minum nak apa bagitau dia before dia pergi kerja.



Tengah hari rasa OK sikit.  Lepas puffing kali kedua pergi lunch kat The Tarot.  Terbaik kau dalam cuti sakit pergi melencong ya?  Tiba-tiba rasa macam semua tak sedap.  Lemon Float Coke jugak yang membuka selera.  Rasa tak sedap hati dah.  Bila naik penimbang pagi tadi berat naik!  Perut kembung walhal membuang punyalah banyak.  Hubby tekan-tekan perut, angin ni.... Lepas tu bermulalah insiden keluar masuk tandas makin petang makin menjadi-jadi!!  Petangnya aktiviti mengurut pun bermula diselang-seli dengan sesi keluar masuk tandas.  Adoi.  Seksa taw.  Kalau orang Iban, kami panggil teknik ni 'beparut'.  Cuma perlu guna minyak angin dan piring yang tak pakai.  Curah je minyak angin kat belakang ha pastu amik piring tu dan sagat (eh betul ke? hahahaha) tenyeh kat belakang macam orang parut karot parut kentang tu!  Kalau belakang ko merah kehitaman ke-Maroon-an itu sohih lah memang masuk angin!

Oh yes, memang angin kus-kus.  Lepas urut terus berak lagi.  Takde mood nak makan nasik.  

Orang nak makan steak hahahahaha!!





  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan