Kenapa Bila Period Je Pompuan Jadi Kebuluran?

By Mizz Coki - Ogos 18, 2011

Soalan bonus ni.  Bukan kebuluran sebab lapar nafkah batin haha!  Tapi asik nak menyantak je kerjanya.  Setakat sekarang, jam 4:15 petang aku dah makan:

 
 

Aduii.  Kalo laki mak tau habislah nok, memang mak kena marah hari ni tapi nak buat ape kan?  Mak lapar tau.  Nilah jadahnya kalau period, air paip pun nampak sedap macam sirap.  Belum lagi termasuk makan malam ni.  Aku tak makan sekaligus, aku makan sikit sikit gitu., ala-ala 1 jam sekali haha!  Petang ni entahlah, Gabby pesan semalam suruh Mama dia belikan Nasi Beriyani.  Adoi tak larat nak melencong ke Pasar Ramadhan kalau rupa gini tapi teringin nak makan satay lah pulak.  Biol.  

Semalam aku masak ayam kicap, wowwww mabeles gitu!  Kuah kicap pekat, ayam dia empuk orang yang takde selera makan sapa lagi Ibu Mertua ku lah, terus amik nasi makan sepinggan jua akhirnya.  Haha!  Begitulah kita memuji diri sendiri nasib baik ada menantu yang tau masak tapi malas suka makan di kedai saja kerjanya.  Hoho.  Takpe, aku dah rasuah Nyonya Mansor dah, dapat habuan sikit daripada bonus kerajaan bagi bulan ini.  Terima kasih ya, katanya... anak aku sendiri belum lagi ko dah bagi dulu, baiknya hati ko... 

Of courselah Mommy, after this use the money to buy shampoo sendiri OK? Haha!

Terus melenggok sambil menepis rambut dan tiup-tiup kuku seraya bersiul!


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan