Duh! Sakit-Sakit Badan

By Mizz Coki - Ogos 11, 2011

Dah beberapa hari ini sibuk gila. Kat ofis bukan main kau duduk seharian mengadap komputer sampai-sampai kat rumah macam orang pindah rumah baru! Mana tidaknya, sejak hari Sabtu minggu lepas kami bertukar kamar tidur dengan Gabby.  So, sekarang Papa & Mama amik balik master bedroom atas alasan; dia tak boleh curi-curi guna WiFi jiran kalau WiFi kami tutup.  Gabby ni pandai-pandai set curi amik WiFi rumah orang.  Orang tu pun satu jugak tak letak password jadi hoyeh hoyeh, jadi WiFi open tu public kaedahnya.


Penat jah.  Bukan setakat angkat angkut perabot.  Rupa-rupanya banyak sampah-sampah dan pakaian lama yang kami kemas dan buang.  Eh, bukan buang begitu aje tapi dibagi kat orang yang lepak kat tempat Recycle barang kat BDC.  Sampai malam tadi, aku rasa plastik sampah yang hitam tu dah dekat-dekat 20 helai kami guna untuk bungkus barang.

Lepas Ahad, masih belum siap lagi kerja-kerja mengemas.  Disambung lagi la pulak pada hari Isnin dan semalam Selasa.  Punyalah penat, 2 pagi aku masuk kerja lepas pukul 8. Tersasar punya pasal.  Akhirnya, bilik dah siap berpindah perabotnya.  Longgokan sampah tak payah cakap.  Kerja terakhir adalah pada hujung minggu iaitu sorting pakaian-pakaian lama untuk dibuang (sedekah!) dan juga mengecat dinding kamar tidur.  Warna merah muda Pink merah jambu adalah pilihan Gabby dan untuk kami hmmm... maybe lavender atau beige yang boring?


Tapi memang seronok bila selongkar balik barang-barang lama dan terpakai.  Penat tak payah cakaplah, macam berpindah ke rumah baru dengan lenguh sengal sakit pinggang dan belakang.  Sudahnya aku yang teradoi adoi sakit kat ofis.  OKlah.  Stop dulu ya, nak sambung jahit felt customer pulak.  Nanti update lagi dan harap korang tak bosan dengar cerita aku ni.



  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan