Didera Mental dan Fizikal!

By Mizz Coki - Ogos 17, 2011

Terpanggil untuk buat entri ni kerana terbaca keluhan Zie di blog nya masa blogwalking tadi.  Tahun 2000 dulu, kira-kira 11 tahun dulu aku pernah menderita batin sebab perangai diktator boss yang merasa dirinya kuat gila walhal dia pun perempuan macam kita, makan nasik macam kita bukan makan besi pon.  Puih!

Masa tu aku tengah pregnant, kerja pulak di bawah seliaan Mak Singa dan Kala Jengking (Kala Jengking sebab depan baik je tapi ekor kat belakang boleh tikam kita balik!).  Mak Singa ni suka bagi kerja sesuka hati dia je tau.  Tapi takpe kita orang kecik.  Banyak benda yang aku tak puas hati tapi aku diamkan aje, yelah, orang kerja sebab nak kumpul duit untuk persiapan bersalin kaedahnya.

Masa masuk kerja, ada sorang budak lelaki ni sama macam aku fresh graduate bezanya aku lulusan dalam negara dan dia luar negara.  Aku bumiputera dan dia bukan walhal kami sama-sama bermata sepet tapi oleh kerana aku berbangsa lain, dia start kerja dengan gaji RM1000++ dan aku? RM600 OK?  Dia sendiri yang bagitau aku berapa gaji dia.  Bila dah mula bekerja, dengan pening mabuk morning sick aku gagahkan diri untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.  Selalu jugak aku dapat MC dari doktor sebab aku memang tak boleh nak konsentrasi kan minda aku dengan kerja.  Oleh sebab itu probation aku disambung dari tiga bulan menjadi enam bulan.  Lepas itu enam bulan menjadi sembilan bulan dahsyat takkkkkk????  Sebab aku memang tak berfungsi langsung di unit itu, maka HR telah menukarkan aku ke unit yang lain.  Time ni kurang stress, goyang kaki la pulak.  

Unit baru ni lain pulak pe'el dia.  Aku ditempatkan bersama dengan seorang Mak Buyung macam aku jugak.  Kami diberikan kerja sama rata.  Mula-mula aku rasa OK dan boss baru pun macam OK so I moved on with the new environment and yes, I adapted myself and fit the field.  Mak buyung ni aku panggil J jelah. J ni suka tanya macam-macam hal peribadi sampai ke gaji pun dia tanya.

J:  How much is your salary?

Aku:  OK lah not bad.

J:  Yalah I know but how much?

Aku:  Aishhh.. cukup makan liao.

J:  I know but I REALLY REALLY WANT TO KNOW IS IT WORTH FOR ME TO FURTHER STUDY, I'M DOING SECRETARIAL COURSE NOW.  KALAU GAJI TIDAK CUKUP TIDAK PULANG MODAL LAH SAYA PERGI FURTHER STUDY!

Aku:  *senyum*.  I'm Iban, gaji kecik saja lain lah macam u orang!!  

Lepas tu baru aku sedar kenapa dia tanya macam tu.  Rupa-rupanya dia rasa tergugat kerana:


  1. Selama ini dia buat semua kerja-kerja secretarial so dia perasan lah dia P.A. (tak bertauliah) kat situ.  
  2. Bila aku masuk, boss pulak bahagi-bahagikan kerja sama rata dengan aku jadi dia rasa terancam because anytime aku boleh jadik PA boss dan dia kena keluar dari bilik syurganya itu.  Dia tak kongsi bilik dengan orang lain tau.


Pembuli yaamat dia ni sebab dia macam tak suka aku duduk situ.  Ada-ada kerja yang dia suruh aku buat mengalahkan boss bila bagi arahan.  Pernah aku disuruh mengangkut kertas A4 dalam beberapa ream dengan perut aku memboyot takde troli angkat macam kuli batak tu.  Turun tangga, kena jalan beberapa meter, masuk main office, jalan lagi naik tangga pastu susun.  Bukannya dekat jah oiiii....

Satu lagi, pernah satu hari boss bagi aku kerja, aku punyalah sibuk haritu tiba-tiba si J ni offer nak tolong aku.  Aku yang lurus bendul bodopiang ni pun sukalah sebab ada orang nak tolong.  Tiba-tiba boss masuk bilik bila tengok aku tengah duduk rehat.  Eh, mana kerja yang aku bagi ko tadi?  Eh kan aku suruh ko buat bukan bagi kat orang.   Si J pulak senyum-senyum dan tak cakap sepatah haram pon.  Cib** punya perempuan, &d^g%$$#!!  Dia perangkap aku rupanya.  Takpe... takpe... aku kasi can sama kau.  Aku nak jawab untuk defend diri sendiri pun tak guna jugak.  Boss takkan percaya dengan aku, of courselah dia menangkan si J dia tu.

Semakin hari semakin terasing dan diasingkan.  Kalau lunch break, si J dan kawan-kawannya duduk memenuhi bilik lepas tu siap skodeng-skodeng bekal orang.  Lauk apa hari ini??? Rasa nak tuang je kuah ayam kicap kat kepala sekor-sekor.  So daripada sakit ati aku pergilah kat pantry masak maggi ke apa, tanak aarr sedih-sedih sebab nanti baby dalam perut ikut sedih jugak nanti bila lahir jadi budak cengeng sampai besar.  Haha!  Abaikan teori itu.

Hanya 3 bulan je aku bertahan kat unit baru tu.  Lepas tu pada satu pagi yang aman damai aku ketuk pintu bilik boss lepas tu cakap aku nak resign with 24 hours notice atas alasan aku tak sihat dan ada alahan teruk asyik pening dan muntah-muntah dan tak boleh concentrate buat kerja.  Korang tak tengok wajah ceria si J as if dia tengah menjulang trofi kemenangan sambil kata, wow aku hebat, aku vass, I'm the best!

2 minggu lepas aku resigned, tengah duduk tengok TV tiba-tiba abang poslaju datang bagi surat.  Interview??? Waaaahhhh ini sudah bagus, dapat ke tidak belakang kira!  So pergilah aku dengan perut memboyot, dengan kasut takde size sebab kaki kembang air, aku pakai slipar Bata warna kelabu & gaun maternity bunga-bunga OK masa pergi intebiu.  Rezeki anak.  2 bulan kemudian aku dapat surat tawaran kerja biol kejap.  Aku pakai cincai dapat jugak kerja sekarang itulah rezeki anak katakan. 2 minggu lepas aku start kerja aku pun cuti bersalin dan kebetulan cuti bersalin 2 bulan dah diimplementasikan (sekarang 3 bulan wooo!)

Bukan aku saja, ramai lagi kawan-kawan aku yang tak bernasib baik masih diperlakukan seperti kuli.  Aku antara yang bernasib baik dah blah dan angkat kaki pecut 100 meter dari situ.  Sampai sekarang si J masih nak menyondol ciom bontot boss nya yang besar itu dan aku ketawa berdekah-dekah Sabtu tak kerja, dapat bonus lagi setengah bulan gaji bulan ni, dapat dok First Class lagi kat hospital kerajaan, dapat kemudahan macam-macam lagi. So J, ko hado???

Oh ya... lupa citer.  Aku sakit daaaaa.... demam selsema pastu batuk-batuk manja gitu.  Takde mood nak buat kerja, rasa nak tidor aje.


Foto sweet konon!  Ini masa sihat walafiat.


Bila sakit terus muka jadi garang macam Angry Bird!




  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan