Bila Lipgloss Kesayangan Dah Nak Habis - Macam Mana Nak Habiskan Sisa Lipgloss?

By Mizz Coki - Ogos 14, 2011

Hai girls (& pretty boys too!)

Entri kali ni berkaitan dengan lipgloss.  Takde mood nak apdet blog haha so buatlah topik lipgloss.  OK.  Pernah tak korang berada dalam situasi di mana lipgloss warna kesayangan korang (macam aku, PINK karer gitu) nak habis tapi stick dia tak dapat korek habis?  Well, mesti rasa sayang nak buang lipgloss tu kan dan teruslah disimpan berbulan-bulan (walhal tak boleh simpan lebih dari 3 bulan lepas pakai) jadi pekasam.


Aku paling suka, kiranya lipgloss kesayanganlah Body Shop ku yang satu itu.  Jadi nak buang rasa sayang, nak simpan takut lama sangat jadi aku godek-godeklah YouTube dan tadaaa!!  Jumpa jugak cara-cara nak reach the bottom of the tube base.


OK.  Caranya simple dan mudah serta senang babes.  Nampak tak arrow kat atas.  Bila korang tengok bebetul, ada cover tau untuk menapis wand (batang lipgloss) daripada sememeh dek lipgloss itu.  Kat rumah mesti ada pisau butter kan?  Haaaaa, guna pisau butter tu untuk menolak dan menarik keluar penapis cover itu.  Bila dah tercabut ha apa lagi, koreklah lipgloss tu sampai habis.  Harap korang paham lah dengan penerangan ku ini.  Kalau tak tercapai dek akalmu, I mean tak habis korek, tak dapat korek sila ambil putik kapas, cotton bud tu dan korek bang jangan tak korek!

So, selamatlah lipgloss kau boleh digunakan sampai akhir hayatnya.  Tapi mesti ingat.  KENA SIMPAN LIPGLOSS NI DALAM KEADAAN BERDIRI TEGAK.  Kenapa?  Sebab yelah dah takde penapis, maka nanti lipgloss korang akan sememeh.  Sila abaikan kalau lipgloss korang macam hingus pekat.  Nama pun lipgloss ye dak.

Oh ya, aku buat kat ofis, guna gunting lepas tu lap dengan tisu kemudian gigit sampai tercabut HAHAHA!!  Adik-adik di bawah 18 tahun dan sapa-sapa yang guna gigi pelesu tidak disarankan untuk mencontohi tindakan berani maut ini.  Sekian terima kasut. +___+


  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan