Bila Diri Jadi Bahan Gelak Ketawa & Ejekan Orang

By Mizz Coki - Ogos 05, 2011

Jelek.

Otak kau jelek.  Aku terpanggil untuk menulis entri kali ini setelah berusaha mem-BLOCK dan meng-UNFRIEND-kan makhluk-makhluk tertentu dalam FB.  Blog ini kan automatically updated and published dalam FB jadi bila dah NYAH kan mereka jadi senang sikit aku berbicara dari hati ke hati dengan korang. Sepertimana yang korang ketahui dan maklumi, aku ni kan ehem ehem bersize gajah siam terlebih besar sikit dari insan normal tapi hati aku tidak.  Aku cepat berkecil hati kalau orang ejek size badan aku, walaupun aku respon dalam senyum korang tau tak hati aku terluka??

Minggu lepas, aku join 4 orang officemates lama pergi KL untuk shopping Raya.  Bila dengar khabar angin yang aku pergi ke sana, ada 3 EKOR SIAMANG TUA BANGKA BANGSAT KEREPOT UMUR DAH MASUK 50 TAHUN TAPI PERANGAI SEKOR SEKOR TAK HENGAT ni siap mengumpat aku fresh-fresh depan kawan-kawan aku.  My friend told me, derang boleh cakap macam ni... 

"Huhhh.. si ***  Larat ke dia berjalan?? Dapat ke??? Hahahahah ahahahahhaa... "  

Mereka bertiga ketawa berdekah-dekah.  Kawan aku ni jenis yang tak boleh terima penghinaan itu terus jawab; 

"Sapa cakap Kak *** tak boleh jalan??!!  Dia dah kecik sikit sekarang ni taw!  Aku dengar dia lah yang paling jauh berjalan dan dia larat taw.  Sapa cakap tak larat?"

Nak ketawa pun iya.  Teringat balik peristiwa bulan-bulan lepas.  Punyalah makcik ni nak tengok rupa terkini aku dia boleh buat cerita bagitau my friend, yang aku SMS dia suruh dia tengok FB aku so that she can take a very very clear look of me for what?  For fun?  Betul kata kawan aku, bukan niatnya ikhlas pun, saja nak tengok gambar aku jadi bahan gelak ketawa mereka bertiga.  


So aku buat keputusan untuk mengirimkan gambar supaya lepas ni taklah dia menjaja dan membuat cerita sana sini semata-mata nak tengok sejauh mana penyusutan berat badan aku.  Bila aku dah hantar gambar dia reply balik bai tak sampai sejam kemudian.

Hampeh!  What do you expect from me?  Tolonglah.  That would be my last pics for you.  Kalau tingin sangat, rindu sangat nak tengok aku meh la, meh la ofis sini kita duduk minum kopi, nak?  Ayat-ayat memang manis tapi sebenarnya kat belakang menikam kita kembali realiti nya Tuhan saja yang tahu.

Sepatutnya orang-orang macam kami diberi motivasi dan semangat bukan untuk ditertawakan!




  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan