Bawak Lulu & Lala ke Vet!

By Mizz Coki - Ogos 26, 2011


Ni MEM BESAR 2 ekor on 25th kena pergi for another jab kat vet.  Si Lulu tak padan cinonet dia banyak eksyen la berdiri masa kereta tengah bergerak.  Si kakak pulak macam takut-takut walhal masa mula-mula bawak balik rumah dulu pun naik kereta.


Lulu nakal.  Muka innocent habis ni.  Sorry Mak Mok tak pakaikan baju gaun dia sebab nak kena jab nanti meraung-raung nangis macam bulan lepas.

OK jugak dengan vet ni.  Kira dah lama jugak kiterang jadi client dia.  Klinik ni nama dia Ting & Lu, terletak bersebelahan je dengan Bank Rakyat Simpang Tiga.  Dulu derang bukak klinik kat rumah.  Jab + makanan 8kg + kolar Lala (kolar dia dah nak putus sebab digigit Lulu!) + vitamin + ubat cacing x 2 ekor = RM172.00.  OK tak harga dia?  Berat dua-dua ada naik satu kilo itu macam lor!  Lala tu dah 4.5kg, Lulu pulak 3.6kg which is healthy!  Anjing baka impot macam ni memang kena 'rajin' sikit bab-bab penjagaan.  Takut nanti tak pulang modal beli punyalah mahal, dulu masa beli RM480 seekor tapi nyonya kedai tu kasi diskaun so dapatlah RM900.  Campur sangkar, syampu, makanan, kolar hubby bayar dalam RM1k ++ bepeluh jugak masa membayar tu tau.

Next appointment adalah untuk deworm so it falls on October 25.  Lepas tu baru kena pergi setahun sekali untuk vaccination.  Doktor sini best, dia akan SMS kita for reminder takut  pet owners lupa tarikh nak pergi cucuk (jab).


Budak nakal kena kandang.  Masa ni hubby tengah cuci lantai dengan Clorox.  Memang berwaspada sangatlah dia sekarang since kami kehilangan Bim Bim haritu.  OK.  Jap lagi mesti Nanu Baharuddin masuk blog ni and then jerit-jerit kata, Owh how adorable, I want one! Kthankxbai!




  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan