Selamat Tinggal Bim Bim – Part 1

By Mizz Coki - Julai 23, 2011

Pagi ni bangun tido je ibu mertua ku dah sound suruh bawak Bim Bim pergi klinik. Dari semalam dah lain macam sebab hilang selera makan dan tak nakal macam biasa. Selalunya kalau balik dari kerja mesti dia melompat-lompat macam kanggaru tak pun mesti nak menggigit kasut dan beg kami.

Aku bercuti hari ini, cuti darurat. Pertama sebab aku sakit perut dan sebab kedua sebab tiba-tiba aku rasa malas dan takde mood sebab rasa lembik lutut since kena ceri-beri. Pemusnah mood yaamat. Plan nak bawak Bim Bim ke klinik masa lunch hour kena cancel sebab klinik ditutup dan bukak semula selepas pukul 2 petang. Masa nak angkat dia masuk kereta mulut dia dah berbuih kuning. Mak mertua ku bagitau yang Bim Bim tak makan nasik tapi minum air je agaknya perut dia kosong tu pasal muntah.

Sampai kat klinik takde orang, letak atas penimbang, amik suhu badan rupa-rupanya dia demam. Doktor pesan jangan bagi minum susu dan jangan bagi mandi kalau boleh. Kalau dia tak nak makan, bagi telur rebus setengah masak. Amboi…. Kalah makanan Mak Mok dia. Doktor bagi masa dua hari untuk review balik hari Isnin depan. Kalau berak berdarah maknanya kena jangkitan viruslah.

Kesian tengok Bim Bim tak ada mood. Mata dia terkebil-kebil je tengok kami. Bila doctor periksa najis dan bagi suntikan dua kali kat montot dia, boleh dia beraksi manja siap taruk dagu atas dada aku. Dahlah sejuk gila dalam klinik tu ada aircond bagai dia boleh lentok-lentok manja ala-ala lentok atas tilam Dunlop tebal 10 inci ye Bim Bim. Murah jugak kat sini, charge rawatan termasuk suntikan dan ubat-ubatan macam ubat demam, antibiotic dan vitamin semua hanya RM35. Aku capai kolar baru untuk dia, warna biru muda dan ada loceng satu. Encik Suami pun top up kan makanan dia sebab ada diskaun, RM79 untuk 10kg. Brand ALPO kalau tak silap.

Petang tadi masa kiterang keluar shopping dia boleh pergi keluar gate dan terus hilang. Sampai time aku taip entri ni dia masih tak balik dah jenuh mertua aku pergi cari dalam gelap. Periksa rumah jiran kut-kut dia lepak sana ke. Kami sekeluarga dah risau sebab malam ni hujan lebat. Tiba-tiba teringat satu scene filem Marley and I tu. Marley masa dia sakit duduk bawah pokok dalam hujan lebat sebab tak nak balik rumah. Mak aku cakap, anjing memang macam tu kalau sakit dia tak nak menyusahkan tuan. Dia mesti sembunyi lari jauh-jauh.

Bila aku tengok ubat dia yang belum dijamah, makanan dia belum dibukak plastic nya lagi, mangkuk makan dia, kain buruk tempat tidur dia, buah kelapa mainan dia yang dia angkut balik rumah (perangai dia suka angkut ‘sampah’ bawak balik rumah) hati aku jadi sayu…..

Balik lah Bim Bim… Mak Mok sedih tau. Janganlah buat kiterang risau. Hari ni memang weng betul. Dahlah anak anjing sakit, kabel telefon kena potong entah makhluk mana yang pergi curi habis Streamyx dan telefon kat rumah tak boleh guna. Telekom pun macam mangkuk, bila kita mintak tolong derang cakap kena tunggu kontraktor datang tapi sampai sekarang batang idong pun tak nampak-nampak lagi. Nasib baik ada broadband, memang ngamlah untuk waktu kecemasan tapi aku tak nak membazir bandwith.

Nak tidur pun mata takleh lelap. Asyik teringatkan Bim Bim. Kesian dia. Perut dia kosong dari semalam, dahlah cuaca kat luar sejuk mesti tengah kelaparan.

Baliklah Bim Bim, Mak Mok risau tau….. :(( * nak nangis.



♥ ♥ Don't Hate Me Cos' I'm Beautiful.. (Katanya!) ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan