Port Beli Kuih Bila Balik Kerja

By Mizz Coki - Julai 12, 2011

Kalau balik kerja, mesti kita nak isi perut kan?  Of course kau akan expecting sekurang-kurangnya ada karipap dan air teh menanti kepulangan kau selain dari kucing aku yang comot bernama Bujang itu.

Selalunya ada dua port yang aku akan singgah untuk beli kuih-muih iaitu kat Batu 7 Kota Sentosa dan satu lagi dekat kawasan perumahan tempat aku tinggal sekarang.  Bukan Kota Samarahan ye Chenal?  Miahahaha...


Orang Utagha kata belemuih (comot, berminyak,) muka bila balik dari ofis.  Panas terik time ni terus muka jadi tak suci lagi.


Ni kondominium Floridale.  Tak, aku tak dok kondo tapi aku teringin gedik nak dok sini sebab satu ko tak payah buang masa tanam rumput baja bunga bagai lepas tu berangin je kat atas dan oh yeszaaa kat bawah ada swimming pool lagi.  Tapi pemandangan ini dah dicacatkan dengan longgokan kayu apa tah aku pun tatau.  Jadi tak cantek pulak view dia.  Oh ya, Floridale Condo ni dah jadik macam hostel sebab memang pun hostel untuk students Sains Kesihatan Kolej SEGi dan jugak mamat2 hensem dari Pakistan (auuww!) dan Awang Hitam Nigeria students Swinburne University pun dok sini.  Sungguh manca negara (international) condo ni.


Naaaa!!  Ini dia gerainya.  Makcik jual kuih ni baik orangnya.  Kadang-kadang ada jual Nasi Lemak (aku ni pehal asik² Nasi Lemak, Nasi Lemak!).  Dah lama dah dia meniaga sini tapi dia ada perniagaan sampingan bukak kedai runcit kecik kat tepi belah kanan gerai tu.

Menu pulak pelbagailah.  Encik Suami tu suka karipap inti keledek (aku suka kentang!) dan kuih² manis macam ketayap (kuih lenggang), Goreng Pisang.  Selera aku suka kuih² yang savoury macam karipap inti kentang, pedas-pedas tau!  Popia goreng bersira, Roti Jala Berinti.

Petang nanti mesti dia ajak singgah, aku carry ON jek walaupun dalam hati kena kuatkan iman dan menahan nafsu makan.  Haha.



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan