Oh Semangat BerBlogging, Marilah Rasuk Badanku Ini....

By Mizz Coki - Julai 28, 2011

Tajuk entri bukan main.  Serius.  Aku rasa macam malas nak berBlogging sejak dua menjak ni.  Kena istinjak dulu jari-jemari aku ni baru nak mula bekerja gamaknya.  Pertama, memang takde mood sejak kena cirit-birit.  OK.  Now I've got a very good topic to say about, indeed.

Aku kena sound korang direct dulu yang aku tak nak sebut nama tempat ni sebab tak nak mengaibkan dan kedua tak nak merosakkan bisnes orang.  Jadi biarlah aku bercerita seadanya kisah.  Hari Rabu minggu lepas, aku teringin sangat nak makan Nasi Lemak kat satu tempat ni jadi on the way ke office singgah dulu amik Nasi Lemak dan Sandwich Sardin.  Sedap sandwich nya.  Lepas tu masa lunch aku panaskan Nasi Lemak tadi guna microwave oven ofis.  Sedap ngap panas-panas walaupun sambalnya sedikit cair macam kuah pulak.

Lepas waktu lunch sedang elok-elok melayan MP3 sambil menaip minit mesyuarat tiba-tiba perut aku memulas-mulas.  Adui!  OK.  Bersangka baik sebab pagi tadi tak membuang so lojik lah kan?  Lari ke tandas dengan perut yang senak aku redha kan aje.  Sejam kemudian, senak lagi!  Insiden ini terjadi berlarutan hingga ke malam.  

Keesokan harinya, ingatkan dah reda sedikit.  Aku singgah lagi beli bihun goreng dan karipap.  Karipap OK.  Inti padat dan sedap.  Bihun dia pulak ada rasa masam-masam.  Basi ke?  Oh, maybe they put ketchup (bukan kicap, tapi sos tomato ye) so that's why rasa masam sikit.  Aku balun habis sebab lapar punya pasal.  Oh yes, trauma berulang lagi.  Kali ini aku berak berkali-kali sampai berdarah!  Oh yes, berdarah.  Koyak ke? Hahahahawau!!  Petangnya aku memang dah longlai kapla lutot.  Laki aku pergi Farmasi beli pil Chikitekaun (ejaan?) dan pil yang Pharmacist bagi, kalau tak ngam satu jenis so try yang lain.  Memang teruk aku kena berlarutan sampai 6 hari tau.  Baru semalam merasa nikmat membuang taik keras.

Aku cop pangkah kensel habis adik yang jual kuih ni.  Pagi ni dan semalam aku beli Nasi Lemak yang orang Cina jual kat Pasar Batu 7 tu.  Actually, orang Melayu yang buat tapi dia supply kat nyonya ni.  Siap beli Kuih Angku lagi.  Sedap.  Aku tak mintaklah tapi memang perut aku tak meragam lagi.  Pengajaran betul kali ini.  Terima kasih cirit-birit.  Berat aku turun 2kg tapi hampeh semalam boss kecik belanja satu ofis makan McD.  Sedekah sebelum Ramadhan katanya.  Dahler pagi tu pekena Nasik Lemak.  Pagi ni timbangan naik bai.  Shit.

Kuih Angku.  Maksudnya Kura Kura Merah.  Bukan Mak Merah RedMummy tu.  Titik.


Anyway, dalam lembik lutut aku berjaya siapkan order dari customer dan kali ini aku nak tayang pouch felt untuk Tikot dan kawannya.  Harap kamu suka OK.  Sorry sebab aku tak sound yang kerja aku dah siap.


Lutut lembik tapi jari-jemari tetap gagah menjahit.

Tengah berdoa supaya perut tak meragam besok.  Aku dah plan nak melantak sakan untuk 4 hari seterusnya.  KL... nantikan kedatangan Diva Makan ini!




  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan