Meratah Milo Kering Mentah!

By Mizz Coki - Julai 18, 2011


Ini botol plastik bekas untuk simpan biskut atau gula-gula yang dijadikan tempat simpan serbuk MILO - minum Milo anda jadi sihat dan kuat!  Kata iklanlah.  Aku kata pula minum Milo hari-hari boleh jadi gemok woo!  Hari ini bekas plastik ini tempat mengisi serbuk kopi Indocafe.  Minum kopi sangat bagus kerana selain menjadikan gigi anda kuning, otak anda cergas ia juga ada unsur-unsur diuretik jadi korang akan sentiasa rasa nak terkucil.


Milo dah masuk angin kus-kus.  Bila masuk angin terus serbuk Milo tu keras macam batu.  Eh.  Taklah macam batu tapi mengeras manja gitu.  Nampak tak begitu menyelerakan bukan?  Masa inilah perut dah menyanyi lagu Pitbull, I know you want me, You know I wantcha, un dos tres quatro sinco... lol


Wahai Gabby kalau kau terbaca blog ibu mu ini wahai anakku, ibu mohon maaf sebab masih teringat akan kesedapan Toblerone kelmarin.  Ibu cubit sikit sebab ibu tengah diet konon.  Jadi untuk melepas gian ibu ratah Milo keras ini sorang-sorang dan sembunyi-sembunyi sebab malu ketahuan dek orang ramai.  

OK.  Masa untuk tengok cermin takut serpihan Milo terlekat di celah-celah gigi.  Jatuh saham.



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan