Kuih Kompia

By Mizz Coki - Julai 09, 2011


Orang Sibu mesti tau kuih ni.  Nama kuih ni KOMPIA.  Orang Foochow yang mencipta resepi kuih ni.  Orang kata kuih ni simple je membuatnya, masak pun guna tandoor yang macam orang buat ayam tandoori tu.  Tak guna lemak haiwan atau apa-apa minyak so kuih ni halal dan menyihatkan.

Kat tempat lama aku kerja dulu, ada sorang doktor ni Muslim tau, dia and the gang kalau pergi travelling ke Sibu mesti siap-siap bagitau orang kat hotel supaya sediakan satu plastik Kompia ni untuk sarapan pagi.  Kompia ni paling sedap kalau cicah dengan kopi O panas.  






Harga dia kalau kat Kuching nilah, biasanya dalam RM1 dapat lah 6 bijik macam tu.  Orang makan ni waktu breakfast biasanya.  Kompia yang banyak-banyak ni adik aku dapat dari kawan dia yang berketurunan Foochow - Iban.  Untung kau dik ada supplier kat ofis, ekekeke!

So next time kalau pergi Sarawak especially bahagian Sibu jangan lupa merasa Kompia ya?



 entri ini kalau suka! ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan