Kali Pertama Si Dia Datang ke Rumah

By Mizz Coki - Julai 02, 2011

Olaaaa!

Baru je balik dari rumah mak.  Setiap kali pulang kita akan pass by tapak rumah lama dulu.  Nostalgia sungguh rumah itu.  Banyak kenangan indah kat situ.  Rumah tu siap pada tahun 1986, masa tu aku baru je darjah 2.  Aku masih ingat lagi ayah pernah dalam emo nya dia macam berat rasa hati nak tinggalkan rumah itu.  Ayah cuma sempat tinggal kat rumah baru dalam 3 malam macam tu lepas tu dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.  Sehari sebelum berpindah tu dia cakap kat hubby, "Aku sedih nak tinggalkan rumah ni.  Aku buat rumah ni semua hasil titik peluh aku sendiri.  Kat rumah inilah anak aku membesar, bertunang, berkahwin, aku dapat cucu.  Banyak sungguh kenangan kat rumah ni".  Si Ted (adik bongsu kami) pun lahir kat rumah ni.  Setiap sudut rumah tu pasti ada terukir secebis kisah hidup kami seharian.  Bila kami pindah ke rumah baru, ayah pulak pergi meninggalkan kami seolah-olah kami mulakan hidup baru kat rumah baru tu.  Satu lembaran baru tanpa ayah bersama kami.


Inilah foto yang masih aku simpan dalam Facebook.  Rumah kampung jah.  Best dok sini boleh karaoke hari-hari takde polis nak ketuk pintu rumah ko.


Hai...nama saya Ted.  Hehehe.... Inilah adik bongsu kiterang.  Gambar lama ni rasa-rasanya dalam 3-4 tahun dulu.


Mak dan anak buah aku si Boboy tengah kemas, nak bakar sampah time ni.  Jangan heran ada mangkuk tandas kat situ.  Belum pakai lagi tu.  Dah beli lama dah tapi tak pernah pasang pun.  Oh ya, nampak katil tu?  Katil dua tingkat yang dikerat jadi single bed.  Adik aku punya tu.  Ni gambar ruang tamu rumah kamilah ni.

Berbalik kepada tajuk entri, aku dan hubby tergelak dalam kereta sebab kami masih ingat waktu dia mula-mula menjejakkan kaki kat rumah tu.

Pada satu hari;

Hubby:  Errmm ..if I go to your house, your parents won't mind, will them?
Aku:  Nope.  No problem.  Can come over anytime.  My parents are OK.
Hubby:  Sure?? (muka ceria)  Wahhhh... no problem at all?
Aku:  Yupe. Just come over-lah then you know.

Beberapa hari kemudian, masa aku tengah bagi Gonggok (anak anjing aku lah tu hahaha) mandi, tiba-tiba adik aku bagitau ada kawan datang.  Aku tak syak sapa-sapa pada mulanya tapi boleh pulak aku terpana, n terpaku, terkesima duaploh saat sebab DIA DATANG!!!!!!  Ayah time tu kat dapur tengah buat kerja dia.  Adoi.  Cemana ni??  Habislah aku kali ni.  Maunye tak, boipren datang rumah udahler bapak aku garang jah oi.  Dengan menelan air liur, aku pergi ke ruang tamu.  Hubby dan kawannya datang.  Time tu rasa nak halau je beruk dua ekor ni balik haha.  Dahlah kawan dia datang, dengan rambut cacak, dengan tindik idong nya lagi, tindik telinga pulak tu.

Part lawak gila bila ayah pergi ruang tamu.  Hubby really had no idea at that time that my dad was a BIG SIZE person hahahaha!!!  Iyelah, adik-beradik dan mak aku kan kecik.  Aku time tu berat badan cuma 55 kg aje.  Hubby citer kan time tu dia rasa nak terbeyak atas kerusi haha.  Mata dia tak ke lain, dia cuma pandang parang 'ilang' , alerrr parang orang Iban tu, yang ayah jadikan hiasan kat dinding lepas tu ada pedang Arab lagi.  Ekekekeke!!!  Amik ko.  Gatal sangat nak pergi rumah kita kan.

Memang nasib mereka baik sebab ayah macam in a good mood and boleh pulak berborak tapi topik dia aje.  Topik masa masih jadi askar.  Hubby citer balik la kan, dia cuma YE YE ARR je kan apa yang ayah cakap sebab takut punya pasal.  Kecut telo perut woi!  Hahahaah!!  Mak aku punyalah ngengada boleh pulak hidangkan cucur lah, buah Honey Dew lah macam-macam lagi.  Sebelum balik tu hubby ada bagitau mak yang dia nak ajak aku nge-date on Saturday.  Mintak izin dulu ngan bakal mak mertua haha.  Mak aku bagi green light.  First time weh, boipren aku di approve kan oleh bapak aku.  *melompat kegirangan*  Kalau yang sebelum ni semua serba tak kena.  Bapak aku ni macam polis la pulak pergi selidik latar belakang orang.  Anak sapa, tinggal mana, bapak/mak kerja apa, sekolah mana...

Terima kasih ayah.  Apa yang ayah cakap semua betul.  Hubungan yang direstui orang tua akan kekal jodohnya.  Aku percaya.

............ Cemana ya kalau besok-besok boipren Gabby datang rumah???

Fuuisssh.  Laki mak garang taw.

Nasiblah kau bakal boipren anakku.




<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan