Kalau Saya Dapat RM300

By Mizz Coki - Julai 02, 2011

Korang nak buat apa kalau ada RM300.00 dalam tangan.  RM300??? Tiga Ratus Ringgit Malaysia. Tunai.  Nak buat apa dengan duit tu??


Pertama:  Aku akan bahagikan duit ini kepada tiga bahagian.  Bahagian pertama, aku nak beli barang-barang, masak lauk best-best.  Kira special.  BBQ pun boleh.  Pegi makan stimbot ke.
Kedua:  Aku nak ajak hubby dan Gabby gi pantai, duit tu digunakan untuk belanja petrol, beli makanan dan jajan.  Main layang-layang tepi pantai dan berjemur sampai kulit koyak.  Haha.
Ketiga:  Baki RM100 tu of courselah untuk aku beli barang-barang untuk jahit felt.  Balik modal jah.  Beli plier eyelet ke, beli ribbon cantik-cantik ke, tambah stok kain felt dan lain-lain.

Oh yes, sapa ler anak bertuah yang sudi berkongsi rezeki dengan semua blogger ni??  Perkenalkan, awek cun ni nama dia SAFRA (Thanks Safra!!).  Suka tengok muka dia cun sangat.  Hello, mak orang OK?  Dah ada yang punya.  Semoga rezeki Safra sentiasa datang macam tsunami sebab dia ni antara blogger yang sangat pemurah.  Salah satu dari syarat GA (giveaway) ni ialah kena tag tiga orang.  Blogger pilihan aku adalah:

Miss Tikot
Big Momma
Amir FX
Jac Shazzy
Zie Madini
Chenal

Kenapa 6 orang???  Bukan kena tag 3 ke??  Ada sebabnya.  Derang ni aku tag sebab antara pengomen tegar kat blog aku.  Ada-ada je komen derang.  Regular commentators gitu tau.  Anyway, korang lain jangan kecik hati kalau aku tak tag.  Korang bleh join jugak mana tau rezeki masing-masing kan??

Kalau nak join, KLIK SINI ok sayang-sayang semua?




<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan