Jumaat yang Dingin Harus Ada Nasi Goreng!

By Mizz Coki - Julai 01, 2011

Semalam kan, balik kerja rasa lapar yaaamat. Tiba-tiba teringin nak makan nasi goreng tapi time tu jugak dilanda sawan malas.  Ah, ada food processor.  Ambik segenggam ikan bilis, bawang merah, bawang putih, cili padi, sayur asin masuk dalam tu terus tekan ON.  Jimat masa dan tenaga nak tumbuk semua bahan-bahan tu.

Pagi ni, lepas perhimpunan dapat Nasi Goreng lagi!  Hahahaa!!  Sekali nak dapat nasik goreng kan?  Terus dapat dua hari berturut turut.


Nasik ni ada sikit keringla, nasib baik tekak aku tak tercalar, takpun terseliuh bila menelan tadi.  Korang jangan tak tau, kat sini kan, lepas perhimpunan ada gotong-royong dan dapat makanan FREE!






Curi-curi amik gambar masa perhimpunan pagi tadi.  Klik kalau nak tengok besar, tak canteklah gambar yang amik guna BB Curve aku ni.  Hubby punya Nokia tu jugak terbaek dari ladang.  Ini ritual katanya.. ritual tiap Jumaat pertama, setiap bulan ada perhimpunan.  Yang best nya pagi ni hujan rintis-rintis turun.  Takde maknanya nak kensel, kena buat jugak, bukan kat padang tennis tapi kat Dewan O.T.  - Occupational Therapy bukan Operation Theatre ye, tak pasal-pasal kena tusuk dengan pisau bedah ko nak?  OK, tu yang pertama best sebab satu, tak perlu jalan jauh-jauh dan berpanas sampai ko berpeluh bau kambing.  Kedua, bila dewan kecik, orang pulak ramai maka SENAMROBIK tak jadi dibuat lah!  Lepas tu kau baliklah ke ofis dengan wajah berseri-seri tak perlu touch up mekap OK.  Free je aku bawak tuala muka siap bawak pencuci muka tadi konon nak cuci nak segarkan wajah lepas tu baru pasang mekap.

Adoi kerja makan aje.  Mesti nak period macam ni.  La ni aku tengah berangan-angan makan GCB McD.  Haha.  Lepas tu aku nak buat sambal tumis sotong.  Lepas tu aku nak buat kek cokelat kukus.  Adoi.  Lama dah aku tak gegar lemak.  Rasa nak give up pun ada jugak.  Tapi kena kuatkan semangat sebab aku nak amik reward untuk diri sendiri hujung bulan ni ... our KL trip before bulan puasa menjelma.  Kawan-kawan aku nak shopping Raya, aku dan Vivian tumpang sekaki berjoli.  Hahaha!  Kawan-kawan, harap-harap trip kita ke Melaka untuk Sabtu tu menjadi.  Aku tingin sangat nak pergi sana.

Typical Sarawakian, ko bukan orang Sarawak kalau kau tak tapau Gardenia satu kilang balik Kuching.  Kat sini pun ramai nak kasi duit kat aku suruh aku tapau kan Gardenia berpikul-pikul.  Kesian kan kami warga Kuching???  Aku pun heran bin pelik kenapa Gardenia tak dijual di Sarawak.  Kena haram ke?  Ataupun semua kilang roti kat sini takut bersaing dengan Gardenia???

Anyway, dua-dua boss takde.  Aku rasa malas nak kerja, rasa nak balik rumahlah, nak memasaklah, nak menjahitlah.  Aku ada banyak appointment hujung minggu ni. Meh aku recall untuk remind diri sendiri.  Malam ini aku kena pi umah mak nak tolong adik bongsu aku isi borang online kemasukan ke UiTM.  Pagi besok aku kena siapkan tempahan felt dan hantar felt craft yang dah siap ke rumah customer.  Lunch date pulak dengan Miss Tikot lepas tu, sambil hantar felt hp pouch yang aku jahitkan untuk dia.  Malam pulak aku ada dinner appointment dengan adik aku kat Hijau, BDC.  Ahad pulak, paginya aku ada appointment untuk pergi salun dengan bestie aku Mariana lepas tu brunch sama-sama.  Lepas tu aku rasa hubby ajak ngedate tengok Transformers.  Amacam?  Padat tak jadual aku?  Kalah retis tau.  Ahad malam baru aku FREE itupun ready nak pergi ofis the next day.

OKlah jauh lak aku melalut ni.  Hmmmffttt.......  selamat berhujung minggu!









<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan