Isnin yang Hangin!

By Mizz Coki - Julai 11, 2011

Pffftt!!

Pagi-pagi dah hangin tak elok thauuuw.  Breakfast roti dua keping jek ngan Kopi O, oklah tu nanti kalau terjumpa Bang Momin bolehla beli mee goreng ke, Nasi Lemak ke..akkakakaka!


Memang nasib baik.  Nasi Lemak dia tinggal dua bungkus so aku rembat la sebungkus.  Yang itu untuk minum pagi pukul 10.  Pukul 1:30 petang perut berkeriuk mintak diisi.  Nak makan apa?  Niat di hati nak turun ke bawah beli Megi tapi hmmm apa kata kita terjah dapur, mana tau ada makanan?  Langkah kanan menuju ke periuk ada nasi bubur kosong!  Jumpa lagi sambal tumis Kak Mas yang mantop ittewww terus amik sesudu dan makan bersama tiga sudu nasi bubur.  Bubur nasi ke nasi bubur?  Lantaklah jah.


Petangnya Encik Suami tersekat kat jem.  Menunggu pun satu hal dah la panas terik kat luar.  Aku duduk la kat lobi kat tempat kekanda guard tu duduk sambil melangut.  Sempat lagi curi gambar Anith yang sedang siok tak hengat dunia tengok katalog AVON.  Huish.  Musti anak ko pompuan nanti Nith, aku dulu camtu gak, keluar beli belacan pun mekap tebal lima inci setengah.  Lipgloss tu sebotol aku tenyeh tawww.  Pembawaan budak lewww katakan.

Dah. Tak tau apa nak apdet lagi mesti tido awal sebab besok ada Mee Goreng spesial menunggu amik minit Mesyuarat Pengurusan.  Hingga bertemu lagi di lain entri, majulah blogging untuk negara, katanya................


<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan