Harus Buat Apa Hari Ini?

By Mizz Coki - Julai 21, 2011

Heyyah!

Hari ini hari Khamis, kerja saya sudah habis.  Abaikan ayat berima ini.

Minit mesyuarat minggu depan sudah di-print.  Surat-surat semua sudah keluar.  Lega rasanya bila dah settle-kan benda-benda tertunggak ni.  Besok aku cuti rehat.  Nama je rehat tapi banyaklah destinasi yang aku kena uruskan besok.  

Bila kerja dah habis, mulalah mencari alasan, mencari jalan, dan mencari sebab untuk menyibukkan diri.  Lepak di pantry?  Tettt!  Nanti mulut  tak berhenti mengunyah.  Merayau-rayau? Tettt!  Takde transport.  Main games?  Tettt!  Bosan dah.  Aku dah taraf Mafia main games PC dah, bongkak nye ya aw aw!


Ini bilik seorang P.A. yang dicilok dari blog Cahaya Cinta Illahi.  Kemas dan tak over-decorated.  5 bintang.

Bandingkan dengan foto di bawah:


Dari jauh biasa-biasa jek.


Impak tsunami hari Isnin-Khamis.  Perlu make-over!

OK.  Sudah contact member-member kat depan.  Lepas lunch, kalau ada masa free aku nak tukar susun atur meja.  Biar nampak vass-ke-ba-boom! bila aku balik dari bercuti nanti.

KL & Melaka, here Mizz Coki comes!






<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan