Harry Potter & Durian Goreng

By Mizz Coki - Julai 18, 2011

Siapa tahan dok rumah kalau hujung minggu?  Tahan??

Godaan di luar memanggil-manggil sayup-sayup kedengaran.  Hati jadi tak keruan.  Rupa-rupanya suara sang Durian!  OK.  Lepas lunch kami sekeluarga pergi ke port yang lama dah tak dikunjungi iaitu Hock Lee Centre.  Lama tak datang sini walhal 10 minit je kalau drive dari rumah ikut area Kenyalang.  Tujuan utama ialah mencari kerusi urut yang kau kena taruk token dan kemudian satu badan ko diuli macam uli tepung buat roti.  

Sampai di sana, alangkah syahdunya hati pak mertua bila dapat tau kusi urut tu takde.  Takpe pak.  Rumah urut melambak kat Kuching tapi sudi ke kena urut pompuan China lepas siap-siap urut badan kita dia akan urut benda lain.  Haha.  Itu cerita orang.  Haha lagi.

Bapak budak, mak budak dan budak tembam itu pun mengambil kesempatan membuang duit membeli token yang sungguh mahal, RM1 sekeping.  Amaran:  RM10 tak cukup untuk seorang.  Lepas habis sesi bermain tembak-tembak Dinosour keras dan bola keranjang perut tiba-tiba terasa lapar.  Alasan nak makan walhal baru je melantak nasi kat rumah.  OK, tahan perut dulu.  Pembakaran lemak sangat-sangat diperlukan pada masa ini jadi kami melencong ke supermarket SMART untuk membeli bekalan telur tolo, sosej dan cokelat.  Cokelat adalah permintaan si anak, si ibunya hanya memandang dari jauh tetapi sudah set dalam hati nanti kat rumah nak ikut mencekik sekali.

OK.  Tolo dah dibeli.  Hauslah yang.... kata kat hubby.  Alasan nak melantak lagi.  OK.  Tiba-tiba nampak segerombolan (wahhh segerombolan, lama dah nak guna word ni!) manusia sedang mengerumuni satu stall.  Ada apa dengan cinta stall?


Foto dicilok dari:  Blog Apricotcake

Sila lihat foto di atas berkali-kali dan bayangkan kalau parutan keju itu tak ada.  DURIAN GORENG in the house!!!!!!  *terus tepuk tangan Pengakap 3 kali*.   Seketul RM2.50.  Terkejut badak kejap.  Goreng emas ke dik, mahal gila tu!  Akhirnya pasrah jugak beli dalam RM20 - 8 ketul.  Gabby bedal 3 ketul OK?  Rasa dia?  Kau tanya macam mana rasa dia?  OK. Sekarang tutup mata.  Bayangkan kau tengah menggigit pastry kemudian dalam dia ada isi durian yang sangat wangi.  The melting durian has that richness, velvety and some kind of vanilla custard hinting your tastebud.  Terjemahkan sendiri.  Aku terpaksa gunakan bahasa Inggeris untuk menunjukkan that I was on 7th heaven sampai isi durian yang pekat meleleh menitis ke atas dada baju.  Satu kereta berbau durian tetapi kami relakan saja.

Pukul 5 petang.  Tengah siok menonton movie CARS kat Astro tiba-tiba hubby bangun dan tanya,    

"Toon, Harry Potter already in cinema kah?"

Ko kenapa laki ku? Kejut aku tau.

"Yup, already lah.  Dont' tell me that you wanna go and watch HP7?"

"Have u gone insane this is the finale of Harry Potter's saga, how could you miss it??"

Eh, ye tak ye jugak.  OK, last kopek of Harry Potter here we go!

Dengan tersemput-semput kejar masa.  Aku sendiri tak paham kenapa kiterang laki bini kalau nak tengok wayang, pertama:  tak pernah plan mesti secara spontan.  Kedua, kalau movie itu main pukul 7 petang maka kami akan sampai di kaunter pada pukul 6:59 petang.  On the dot.  Lepas tu mesti buat bunyi marah + geram macam  Angry Bird masuk dalam panggung sebab dah gelap gulita lepas tu pilih seat yang belakang abes.  Usher pun macam gampang aje lepak luar bukan nya nak tolong suluh jalan pun.


Anyway, memang really worth it RM9 untuk dua jam.  Tapi aku masih tak puas hati sebab last week tengok Transformers tiket RM10 memang cela**! Or maybe masa tu orang tak ramai sangat jadi management takut rugi makanya yang jadi mangsa tiket tulah di UP kan RM1.00 harga dia.  Takmo letak spoiler sini so kalau nak tengok pergi panggung sekarang atau pun download je kalau ada Torrent, takpon nak shortcut ada DVD cetak rompak.  Hahahawau!

Suka ending HP & The Deathly Hallows ni.  Sedih pun ya jugak sebab lepas ni takde lagi movie yang ada unsur-unsur magis macam Lord of the Ring, The Chronicles of Narnia etc.  Alaahaii.. Twilight, I'm waiting in line for you.  Nak tengok Edward + Bella kahwin lepas tu Bella jadik vampire.

Oraits.  Dah macam karangan SPM panjangnya.  Ciao!



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan