Hari Khamis Malam Jumaat

By Mizz Coki - Julai 14, 2011

Malam ni malam Jumaat. Dah minum Tongkat Ali ke?? Akakakaka!


Wah.  Menunggu Tongkat Ali untuk diminum tuannya. Hampeh.  Laki aku mana dapat minum Tongkat Ali, dia kan ada darah tinggi!

Macam biasa.  Tiga hari tanpa boss.  Tiga hari yang penuh sakit belakang sebab duduk terlalu lama.  Tiga hari yang tanpa longgokan kerja.  Kerja hari ini, taip minit, surf internet, layan Facebook lepas tu makan.  Noktah.


Meet Harry Potter.  Suka feewit feewit aku everytime aku melintasi zon mereka.  Hari ini dia panggil aku MODEL MAGGI.  Diam sekejap.  OK, kena kurangkan makan Megi mulai saat ini, haha!


Wajah ceria bila boss tak ada.  Penawar lara kat ofis tanpa mereka ni yang ibarat tulang belakang kami, maka kerja kami takkan sempurna.  Orang bawahan lah yang selalu menyokong orang atasan dalam sesebuah organisasi.  Dalam kes kami ini, teman-teman meja kopi kat pantri.  Bila dah duduk habis semua cita keluar, dari citer bola sepak sampai cita hantu pun masuk topik jugak.

Aku suka kerja sini dan kalau boleh biarlah sampai pencen besok-besok.  Serius.


Burung Kenyalang besi yang melambai-lambai aku dengan senyuman kaku tiap kali aku pergi dan balik kerja.

Esok dah Jumaat.  Tak terasa tahun 2011 dah masuk ke lembaran kedua.


<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan