Bayi Keluar Perut Mak Seberat 16 lbs (7kg ++) !!!

By Mizz Coki - Julai 13, 2011

Humangaihhh!

Gabby keluar perut aku dulu ikut pintu depan (Caesarian), bukan pintu bawah HAHAHAH!! Her weight was 3.45kg & 51cm in length. Untuk seorang bayi seberat 7kg keluar dari rahim ibu dan mintak maaf, pintu 'bawah' tu serius aku cakap yang aku ngeri dan nyeri!


Janet Johnson dan Michael Brown sebenarnya telah diberitahu bahawa bayi lelaki mereka adalah bakal baby bersaiz besar mungkin seberat 12 atau 13 pounds.  Bayi tersebut, JaMichael Brown, lahir pada jam 9:00 am pagi Jumaat di Good Shepherd Medical Center, Longview, Amerika Syarikat.  Tersasar dari ramalan doktor, JaMichael dilahirkan seberat 16 pounds, 1 ounce, dan 24 inci panjang. Purata berat bayi yang baru lahir adalah sekitar 7 hingga 12 pounds.  Doktor di hospital tersebut membuat andaian faktor penyebab saiz bayi itu yang sangat besar berkemungkinan berpunca daripada ibu nya yang menghidap 'gestational diabetes'. JaMichael yang kini dirawat di Unit NICU merupakan bayi terbesar yang pernah dilahirkan di situ.  Banyak baju-baju yang mereka sudah belikan buat JaMichael tapi terpaksa dipulangkan kerana tidak muat. 

Sejujurnya, aku ingin bilang bahawa ibu JaMichael memang perkasa!

Berita dipetik dari:  CBS News


<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan