Adoi. Sakit Belakang La Pulak!

By Mizz Coki - Julai 06, 2011


Motif letak pintu masuk ofis?  Adalah sebabnya.  Sebabnya kan, sebabnya, rasa macam tak produktif je berblogging sehari dua ni.  Fuish..  Bagus-bagus dah plan nak buat minit mesyuarat sambil ditemani YouTube (suke dengar Misteri Jam 12) laki aku mintak tolong buat kan satu wristlet untuk kerani dia yang nak resign.  Baik punya boss ye bang..... dahler buat F.O.C, dateline pulak dibagi 2 hari je.  Kalau aku suri rumah tegar takpe jugak.  Terpaksalah aku buat kerja selang-seli sambil menjahit felt, sambil menaip minit.  Balik rumah macam tu jugak, sambil pantau si Gabby tu buat homework, sambil membebel sambil menjahit jugak.  Terpaksalah aku put on hold dulu order-order yang lain.  Ada 5 customer tengah tunggu barang derang.


... finally, tepat pukul 11:10 malam aku berjaya menyiapkan wristlet ke, pencil case ke, apa-apa jelah buat Suzy.  Suzy ni dia suka main Mario Bros kat ofis, tulah sebabnya aku jahit bentuk cendawan merah tu.  Harap dia sukalah hendaknya.



Kannnn?? Kerja kelamkabut nilah padahnya.  Herot-perot je aku tengok kerja aku ni.  100% jahitan tangan so takde maknanya ko nak komplen jah.  Apsal dalam gambar ni nampak huduh sedangkan kalo tengok idop-idop comel je rupa wristlet ni.  Kerrr... aku yang perasan lebih???

Duduk punya duduk belakang aku sakit, belah kanan.  Laki aku kata muscle cramp tu.  Lepas tekan-tekan sikit ngan ibu jari baru rasa lega.  Duduk lama sangat tulah pasal dah tu dok melengkung kalau kurus takpe gak.  Sila jangan bayangkan gajah gemok tengah dok melengkung, korang imagine je dah sakit belakang apatah lagi kalau ko jadi gajah aku.  Hahaha!

OK.  Syukur, kerja menjahit felt dah habis sekarang back to the future, eh? back to Sentosa.... Boss nak pegi cabut gigi hari ini so I will be left FREE-ly with nice music and Misteri Jam 12 sambil taip minit.

Tata!



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan