321 Cinta - Korang Dah Tengok?

By Mizz Coki - Julai 03, 2011

Baru je habis tengok citer ni kat YouTube.  Pawagam online termurah.  Haha. Marathon movie la pulak hujung minggu.  Oh, baru lepas tengok Karak pun ye jugak.  Movie ni hmmm pada pendapat aku OK OK je sebab korang dah boleh hagak dah apa akan berlaku seterusnya.  Tipikal citer Melayu jah.  Budak kolej, tomboy jatuh cinta dengan mamat paling popular, lepas tu berubah imej jadi girlish yaamat.

Cuma aku nak tegurlah, lain kali boleh tolong cover line sikit.  Kalau boleh jangan letak la nama kolej paling koman pun jangan show off logo.  Aku nampak kat pintu ada logo UiTM.  Aku ex UiTM jadi aku taulah dan yakin itu logo UiTM.  Buat realistik sikit sebab kat UiTM, baju siswi semua harus tutup punggung.  Takde pakai skirt kembang, dengan aksesori sarat nak turun kuliah.  Kolej jadik macam shopping mall.  Kolej swasta pun tak macam tu students dia gi dress up.  Sat lagi jangan korang kutok pulak kata, "alaa.. namanya pun wayang.  Cerita rekaan.".  OK fine. cuba kalau buat movie pasal Polis Diraja Malaysia yang berseragam lengkap pulak.  Bukan CID atau mata-mata kata orang lama.  Bayangkan, polis tu dalam seragam dia yang lelaki ikat rambut, yang perempuan pakai anting-anting chandelier. Bling bling gitu, lengkap dengan eye shadow smokey eyes.  Terbalik terlingkup satu balai tau.  

Eeeii serius je bunyi aku cakap macam ni.  So not the very me.  Esok nak kerja, aku nak cakap apa lagi ye.  Dua minggu ni kerja aku asik makan, makan, makan!  Aku rasa, aku yakin, aku bertambah BERAT!!.  Oh ya, pasal makan pulak, thanks to Miss Tikot yang belanja aku makan McD hari Sabtu tu.  Tarikh bersejarah tu sebab aku dah 7 bulan tak makan kat McD.  Pecah rekod!  Oh yes, thanks because tahan kerenah si Gabby yang ngengada hada ke patot dia tanya kat Miss Tikot kenal Justin Bieber tak???  Miss Tikot jawab, "Ohhh.. budak tu dok sebelah rumah aku.." HAHAHAHAHAH!!!  Gabby percaya seratus peratus.

OK.  Lenkali kalau keluar aku belanja Miss Tikot pulak.  Hehehe... makan lagi.....

Hadoiiii............




<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan