X-Men First Class | Memang Selalu Terbaek!!

By Mizz Coki - Jun 09, 2011

Kiterang laki bini suka buat benda spontan.  Tak termasuk buat anak OK? Sebab tu sampai sekarang Gabby takde adik sebab tak spontan HAHAHA!!!!! - - - -  Ampun bang!  Hahahaha +__+

Hari Ahad lepas kiterang lepak-lepak kat rumah.  Takde terlintas sekelumit pun nak keluar rumah sebab hari panas siot.  Sambil bukak surat khabar hubby tanya, eh, X-Men dah main ke?  Terus aku sound balik, of course darling!  Next show is 2:30 p.m.  Orait mari kita keluar!  Tudiah..... penyakit spontan dah mari..... Tapi sebelum tu since masih awal kan, perut pun berkeroncong sebab time tu dah 1:30 petang kiterang belum lunch yang...kekkekeke.....  Tempat lunch pilihan apalagi The Tarot lah, tarot pun tarot lah lapar punya pasal.


Air pilihan.  Tea Milk with Coffee Jelly.  Bahasa Melayu nya, Teh Susu dengan agar-agar kopi.  Bunyi sedap, rasa laaaaaaaagi sedap taw!


Hancur diet ku punah lebur musnah. Ku persembahkan Nasi Lemak Tarot with Chicken Rendang.  Translate sendiri.  Sambal biasa aje, aku masak lagi sedap muakakakakk *jahat.


Sampai kat Star Cineplex, orang dah ramai gak.  Kiterang kira lambat skit lah saja aku lambat sebab aku tau banyak iklan yang derang akan tayang before movie tu.  Masuk 2:30 petang tapi start 2:45 petang, ampeh.  Sempat lagi aku curi-curi amik gambo katanya.

Korang mesti ramai minat Wolverine kan.  Aku nak spoiler kan sikit, dalam movie ni dia ada muncul tau tapi dialog dia sebaris jek.  Tau apa dia cakap???


"GO F*CK YOURSELF!"

Hahahaha... mulut ko Wolverine, macam longkang.  Tapi itu aje aku nak bagitau kang bagitau lebih-lebih tak besh arrr untuk korang yang belum tengok lagi.  Well, sapa peminat tegar Marvel sampai tahap kumpul komik macam laki aku silakan mesti tengok movie ni baru korang tau sejarah X-Men ni sapa pengasas dan jangan tak tau Magneto dan Prof. X mereka sebelum bermusuhan mereka cemolot kau!  Geng keras.  Kembar Siam.  Macam isi dan kuku. Abang dan adik gitu.

OK.  4 bintang aku bagi sebab apa tak bagi full 5? Sebab lambat pancut main, hahahaha, penat tau jalan dalam panas naik lif peluh-peluh duk belakang kat tepi tepi lagi.

Next movies on our list:  Fast & Furious 5, The Priest, Green Lantern (tak sabar!).  Kung Fu Panda tak masuk sebab macam kembar laki aku daaaa.. *Lariiiiiiiikkkkkkk!!!

HAHAHA!!


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan