Teh Tarik Kat Mana Sedap Sekali Ye?

By Mizz Coki - Jun 10, 2011

Ni ha, orang tengah mencari kat Sarawak ni mana ye kedai jual teh tarik yang sedap sekali???  Payah nak carik lainlah kat semenanjung, berlambak kedai mamak.  Aku pernah try kat kedai mamak sini macam ada yang kureng saja di tekak.  Rasa macam susu kurang lah, teh kuranglah.  Entahlah....

Kat Sarawak ni terkenal dengan TEH C PENG nya nak nak yang tiga layer tu. Pergghhh... terbaik wa cakap lu.  Aku pernah jumpa yang berlayer layer, mentang-mentanglah kek lapis Sarawak terkenal seantero Malaysia, teh sini pun berlapis-lapis.  Aku pernah minum tapi lupa kat mana ya, dia punya layer fulamak.....teh, susu, gula apong (gula nipah/nisang), pandan, lepas tu taruk cincau, cendol... kira lah berapa lapis tu.  Manis takyah cakaplah, gerenti masuk spital time tu jugak kalau orang yang ada diabetes minum teh ni.  Haha....

Gambar:  Teh C Peng Sarawak


Kalau korang terjumpa teh tarik yang terbaik ataupun paling mantap kat lidah apa lagi korang calonkan KAT SINI.


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan