Selamat Hari Gawai Dayak Gayu Guru Gerai Nyamai!

By Mizz Coki - Jun 01, 2011

Haaaiiiiiii...!!!


Wajah tak boleh blah suci murni yang belum mandi ini sedang sibuk di dapur lepas tu curi-curi apdet blog kat bilik hahaha.... OK.  Mizz Coki nak mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya.  

OK.  Mizz Coki tengah goreng filet ikan Dory untuk Sweet and Sour Fish.  Besok baru buat sos nya dan goreng sayur campur.  Kiterang tengah stenbai tunggu detik 12 tengah malam nak minum 'Ai Pengayu' (air panjang umur).  Biasanya minum Tuak lah.  Tuak tu air tapai.  Tapi tahun ni mak mertua saya tak buat air Tuak sebab takde masa.  Dia sibuk jaga cucu so raikan dengan soda sudah, sama jugak kan??? Haha.  

Petang tadi sempat jugak kiterang pergi ke kubur ayah walaupun dah pukul 6 petang.


Hubby, adik dan mak.


Ni posing sakan ni adik perempuan saya.


Ni pulak bakal menantu mak merangkap bakal ipar saya.  First time jumpa ayah ni.  

Orang kata tak elok bergambar kat kawasan perkuburan.  Tengok foto ni kabur......


... ataupun tangan tukang tangkap gambar yang bergegar.. eeeiii...


OK.  Cukup.  Nak pergi dapur kejap, tengok filet ikan goreng takut hangus!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan