Selamat Berhujung Minggu

By Mizz Coki - Jun 25, 2011


Hai korang!

Nah senyuman manis dariku untuk korang, haha.. aku mereng sebenarnya ni. Aku bosan kat rumah. Gatal dah kaki ni sebab dah terima gaji lalalala.... Shhhhh.. jangan bising nanti Encik Suami marah hokeh?


Hari ini Sabtu memang kaki gatal nak merewang.  Bukang merewang yang potong-potong bawang, kupas-kupas bawang masa nak kenduri tapi merendek!  Nyukat pasar kata urang Serawak idiiiikkk.. Nasib baiklah ada benda yang buat aku stick nak dok rumah.  Kena siapkan order orang.  Amanah orang.  Ada beberapa pouch aku kena buat oh terima kasih to my kazen, anak buah, aunty and to Miss Tikot yang sweet itu.  Hmmm.. apa aku nak bebel kali ini ye?

Aku baru je balik dari Boulevard Mall.  Padat sesak gila weh hari ini maklumlah dah payday.  Menyesal sungguh aku lambat keluar dari rumah.  Pukul 8:30 pm baru terhegeh-hegeh nak keluar.  Dah tu kena menapak punyalah jauh giler parking kat luar, kat tepi jalan jah.  Dahlah kena panjat bongkah simen tu dahla kemetot haha!  Lepas tu jalan sampai semput cepat-cepat masuk ke dalam dah kena ekon, pergghhhh heaven!  

TAHNIAH SEPAH!  AKU MEMANG KONPIDEN KORANG MENANG.  DARI DULU LAGI AKU DAH MINAT MEREKA BERTIGA NI.


Lerrr.. rupa-rupanya mak funfair pak funfair semua kat luar tu.  Ishhh.. masa cuti skolah dulu tak nak buat.  Masuk ke dalam laaaaaaaaagila dengan property fair nya, dengan PC fairnya, hadoiiihh.. Tujuan ke sana bukan apa.  Bukan aku saja-saja nak menyendatkan diri aku tapi sebab pertama, toiletries dah habis, lepas tu kan, digital scale aku dah ghosak! huwaaaaaaaa.. ! nangesss.. sian scale tu ye sebab hari-hari timbang mak gajah.  So dijadikan citer tadi tak beli digital, beli yang biasa-biasa tu jek.  Lepas tu beli buku latihan UPSR untuk Gabby yelah kena mula dari sekarang kan walaupun tahun depan dia nak sit untuk UPSR.  Pastu kan, huwaaa kita lapar, nak makan.  Aku rasa nak pengsan menapak jauh tadi sebab lapar.  Tapi pasal makan ni kan, aku nak citer hahaha tunggu aku gelak dulu hahahaa.  Kat tingkat bawah (pasal aku berdiri kat atas tengok telatah manusia).  Sugar Bun, KFC, Pizza Hut PENUHHHH!!!!  Sushi King dan Kenny Rogers lengang jah.  Serius.  Nampak sangat ye berjimat cermat amalan kita, syabbas betti!  Dah lagu tu aku hmmm ok takpe, makan lite lite lah dulu. Amik Kaya Ball 5 ketul dan Nescafe Ice makan sambil jalan-jalan sebelum masuk ke Popular Book store.  

Serius.  Sebab terlalu lapar, time tu dah 9 pm.  Perut last diisi pukul 2 pm.  7 jam perut haku kosong tau.  Aku rasa nak pengsan pun ada macam entahlah.  Heartburn kot.  Masa tengah pilih buku Gabby tiba-tiba boleh aku sendawa kuat-kuat macam gempa bumi!  LEGA.  Lega sungguh macam angin semua dah keluar, perut dah diisi kan?  Lepas tu baru sistem badan aku kembali normal dan tak semput lagi berjalan.  Lapang sungguh dada jalan pun senyum-senyum tak sedar sampai keluar aku tak mengah macam tadi.  sian... lapar rupanya.  Toiletries dan beli kat Watson, bath scale dah amik dah dari tingkat atas.  OK, acara mengisi perut.  

Pasal isi perut pulak, hmm aku sebenarnya nak pergi ke One TJ nak pergi Sugar Bun tu sebab aku tingin sangat nak pekena Fish Burger tu.  Tapi laki aku pi belok kat SIANG SIANG, BDC hahaaha!  So aku tak tau nak makan apa sebab aku tau makan kat situ K.O.  Amik jelah makanan rasmi Mizz Coki iaitu apa???? Kolo Mee!!!  Kedekut taik idong masin, RM3 tu sikiiiiiiiit aje kalau aku makan kat Ah Seng dapat satu mangkuk besar RM2.80 aje tau.  

Sampai rumah dah 10:30 malam.  Tiba-tiba SMS masuk, adik aku ajak yamseng kat Hijau.  Budak ni.  Sorrylah, kakakmu takde mood nak minum apa, letih sebab siang tak tidur aku sibuk menjahit felt.  Nak apdet blog, nak download games lagi haha... alasans kan?

............. dah dekat tengah malam ni.  OK lah gorgeous semua, aku nak sign out.  Gaming time.  Macam bebudak kan mak budak ni hehehe.  Esok sambung cita lagi, k babai!



Foto: pelakon Indonesia, nama dia Irish Bella baru je 15 tahun, amacam kalah tak Nora Elena??? Hahahahawau!

<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan