Riuh Pagi ERA | Menyakat Terlampau Sampai Meninggal Dunia

By Mizz Coki - Jun 14, 2011

Pagi tadi dengar radio ERA on the way to work. Dari zaman arwah Bang Din Beramboi dulu memang ERA tak pernah mengecewakan.  Macam-macam topik derang bincangkan.  Tambah pulak si Haniff dan Ray pulak dengan Pak Nil sekarang makin riuhlah ERA.  Topik pagi ni memang best iaitu MENYAKAT.  Sapa tak paham tak reti maksud menyakat tu ha, mengganggu, mengusik, mengacau, bergurau tapi topik pagi ni menyentuh tentang perangai orang kuat menyakat. 

Antara cerita yang aku dapat recall balik kan;
Sorang awek ni kena simbah air panas secara tak sengaja lah sebab colleague lelaki dia kaki penyakat.  Lepas kejadian tu lelaki tu jadik mamat paling senyap di ofis.
Korang suka tarik-tarik kerusi masa kawan korang nak duduk dalam kelas? Hati-hati taw.  Ada sorang budak ni jatuh sebab member dia tarik kerusi.  Dia terus tak betul lepas tu macam koma selama sepuluh tahun.  Dah meninggal dah budak tu baru-baru ini.  Aku pernah kena tarik kerusi masa kat makmal sekolah masa tu Tingkatan 1 sampai terselak kain aku nampak habis seluar dalam masa tu nasiblah budak tu kena lempang dengan cikgu Sains kami.  Jahat ko.
Aku penyakat??? Rasanya taklah tapi seingat aku lah kan, ngehehe... aku pernah kutip cacing gemok-gemok dari parit sekolah, eeeiii besar-besar tau!  Aku letak lam plastik pastu aku lempar kat member sekelas.  

Lepas tu aku suka kumpul katak.  Tapi ada teknik pegang tau sebab mak aku pernah bilang lah, katak ni kencing dia beracun, jangan sampai terkencing kena mata boleh buta jadinya.  Katak ni macam tu jugak, aku letak lam plastik pastu bagi kat kawan aku sampai meraung histeria mereka jadinya.   

Masa kat UiTM aku pernah tak sengaja (sengaja kut?) tertekan loceng kecemasan yang untuk kebakaran tu, sekali bila benda tu berbunyik dari tingkat 1 sampai tingkat 4 semua siswi berlari-lari menyelamatkan diri.  Ada yang berkemban dengan kain batik, ada yang menangis, ada yang menjerit.  Time tu rasa nak tergelak pun ada....... Tapi nasib baik orang tak tau.

Aku suka pakai kain batik tu ikat dan sarungkan kat kepala lepas tu jadi macam Ninja.  Lepas tu ketuk bilik kawan-kawan lepas tengah malam sambil duduk mencangkung depan pintu.  Memang banyak kalilah aku kena ketuk dan kena simbah dengan air sebab derang tension kena sakat haha!

Dulu bapak aku selalu spray sendiri helmet dia.  Macam macam kaler.  Tapi masih segar di ingatanku hari tu dia buat kaler merah.  Dia spray takde main lapik lapik sok kabor cam kita wat selalu tu.  Dia letak helmet atas tanah lepas tu sembur!  Jadi batu-batu kecik tu adalah kena spray sekali.  Korang tau tak batu tu aku watpe? Aku ambik barang dua tiga bijik, lepas tu bagi kat sepupu aku, "Nah, ko nak gula-gula tak??"  Dia amik terus masuk mulut pastu buat muka kelat sebab 'gula-gula' tu takde rasa.  Adik aku dah tergolek ketawa berdekah-dekah.  Sampai sekarang ni aku masih ingat rupa sepupu aku tu hahahaa!!

Dah jadi mak orang ni dah kuranglah aktiviti sakat menyakat haku.  Aku kan dah insaf, aku kan baik, dahlah baik comel lak tu HAWHAWHAW!! 



Amacam?  Bila gambar disakat, jadilah rupa pontianak tepung gomak!  *Lariiiikkkkkkkkkkkkkk...........!!!



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan