Rabu Wednesday, Boss is Away!

By Mizz Coki - Jun 15, 2011

Rabu.  Boss takde hari ini.  Kalau boss takde bermakna P.A. bermaharajalelawatikusumaputri kan? Haha. Eleh, aku bukan nya Yvonne P.A. Seth Tan tu.  Aku baik tau.  Ngehehehhe *sambil tekan tekan tanduk, biar tenggelam*.  Wei, boss takde akulah penunggu, penjaga, body guard kat teratak sunyi ni.  Ish.  Takde citer lain mesti pasal kerja.  Ratu Workaholic katanya tapi tetaplah jari jemari gegeh menaip entri blog.  Minit mesyuarat tak siap-siap lagi.


Haaaaaa... tudiah!  Meja serabut aku. Takde ciri-ciri kewanitaan langsong.  Bukti yang ada cuma losyen strawberri dari Guardian tu.  OK.  Ulasan aktivitas hari ini.  Whoa aktivitas, ayat ayat Indonesia tu donk.  Haha.  OK ini adalah rutin harian aku, so korang bacalah sendiri.

Pagi, sampai kat ofis bukak lampu dan ekon lepas tu komputer dan beg mekap.  Aku tak mekap kat rumah sebab panas.  Nanti compact powder campur peluh (aku kan kuat berpeluh!) terus muka bercapuk bedak.  Kat ofis ada ekon, barulah sedap nak mekap.  Terasa cantik lepas tu auuww!

Lepas mekap, bukak Microsoft Outlook untuk update diary boss bila dah settled, amik BB terus connect kat PC dan synchronize kan.  Senang!

Abang Mumin datang lagi.  Selalunya aku tak beli sian dia.  Aku tak beli nasi lemak, mee goreng, laksa dan sewaktu dengannya.  Pagi ni tiba-tiba ada roti sardin celup tolo pulak.  Hhmmm.. beli roti sardin, aku beli 4 keping.  Wah, dapat 4 orang makan tu.  Alerr jah, aku makan sikit-sikit.  2 jam satu keping macam tu, boleh caya ke? Nak menjanakuasakan metabolisme kena makan sikit-sikit tapi kerap OK?  

Musnah diet ku hari ini.  Ada projek masak bubur nasi kat pantri la pulak.  Haku lupa.  Sumpah lupa taw.  Kalau aku taw takkanlah aku mengada-ngada beli roti saden tu.  Adoi.  Sedap tau bubur nasi kosong bila dimakan bersama buah dabai masin, sesar unjur (udang kering yang lurus tu! Mahal tau udang kering ni, orang kata satu kilo RM60, ha amik ko!), ada ikan kering dan ikan bilis + bawang + cili dihiris-hiris dan diperah asam limau dicurah pulak kicap.  I'm in 7th Heaven!  Tengah siok siok ngunyah bubur ada rombongan datang bawak mihun goreng dari Pusat Latihan.  Aku lepas bantai bubur nasi aku amik lah bihun tu dalam sesudu je.  

Lebih kurang dekat sejam setengah aku lepak kat pantri.  Loyar buruk memang terer aarr nak nak ada kopi O satu cawan.  Haha.  

Rasa bersalah menguasai diri bila waktu tengah hari tiba.  Adoi.  OK.  Working mode is ON pulak.  Jangan susah ye, roti saden tadi masih berbaki lagi, dan wait...wait.... ada Milo panas, haruslah ada untuk jadi peneman sepi!


Macam 'muda' sangat warna Milo aku ni walhal punyalah 2 sudu besar aku scoop tadi.  Takpe, less is better sebab Milo dah manis.


Tinted kereta korang dapat 18 bulan waranti.  1 kereta RM330 jek.  Kalau 2 buah kereta cuma RM600.  Murah kan? KLIK SINI untuk dapatkan deal gila-gila dari MAD.

Petang ni kena buat workout, untuk buang semua kalori tu kena kerja keras.  Tengoklah berapa lama aku dapat bertahan. Aritu aku buat 5km untuk 15 minit rasa nak tercabut peha aku atas Elliptical Machine tu.  Nak pergi gegar/pecah lemak aku takut therapist tu marah kat aku lagi sebab berat aku kalau tak statik mesti naik.  Nafsu makan memang takleh makan tapi setakat ni aku tak lah makan sampai berpinggan-pinggan macam dulu

OK loves!  Gotta make a move now.  Tata!


<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan