Promosi Marie France Bodyline, Kempiskan Perut & Dapat Voucher Kembangkan Perut Semula, Coffee Bean RM10

By Mizz Coki - Jun 22, 2011


Memang teruja tengok iklan ini.  RM58 untuk rawatan kempiskan dompet perut, sapa tak kan???? Hehehe.. tapi kalau boleh lah, ni pendapat aku je OK??? Voucher tu derang gantikanlah dengan benda lain, contohnya voucher beli barangan penjagaan diri ke, barangan dapur ke, elektrik ke.. ni tak.. voucher Coffee Bean katanya.  Satu cawan latte tu ratus-ratus kalori dia tau.  Dah ko kempiskan perut ko nak buncitkan perut ko balik???  Patut?

Tapi aku bersangka baik je nok.  Korang mesti bagi jawapan A+ macam; "alerrr.. voucher tu bagi kat orang lain lah, takyah guna abis citer".  Tapi bagi aku rugi ko bagi voucher kat orang sebab ko dah kuar RM58 tu, banyak tau RM58 tu boleh beli 2 paket beras 10kg tu tau!  

:D  Janganlah korang marah eeekk dengan statement tu sebab ni pendapat aku aje.


"Cik Meri Prans, boleh tak kempiskan saiz kaki saya dari 10 ke 5 macam dulu??"





<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan