New Toy Untuk Hukuman Hujung Minggu

By Mizz Coki - Jun 13, 2011

Tadaaaaaaaaaa!!!

New Toy? Hehehe, orang kalau new toy habis keluar semua gejet.  aipon, aipod, di es el ar, blek beri.  OK.  Mari aku kenalkan korang dengan new toy aku.


Hehe.  Elliptical Machine.  Untuk tambahan sesi gegar lemak.  Yang jadi model tu adik aku.  Aku cuma amik gambar jek.  Malu nak bergambar atas tu takut korang tutup mata sebab takut mesin tu bengkok.  Sempena promosi hari Gawai, Alpha Titan buat sales sampai 4 Jun jadi dapatlah mesin ni dalam seribu setengah.  Ini adalah alternatif sebab kalau pergi gym bayar mahal untuk dua orang pulak tu.  Aku dah kira dengan sempoa, eh? kalkulator... Beli mesin ni sekaligus dapat pakai bertahun-tahun sampai rosak.  Pastu aku dah Google dah cari kat YouTube mana lah mesin yang bagus yang kalau boleh all in one sebab takkan aku nak beli satu persatu kopaklah aku kan pastu mana nak simpan kat rumah lagi.... beli banyak-banyak bukan nak buat gym besar-besaran pun.  Elliptical machine ni sesuwaiii sesangat untuk golongan emas macam pak/mak mertua aku dan jugak untuk golongan terlebih comel macam kami tiga beranak.  Sebab lain nya ialah, mesin ni menggabungkan aktiviti briskwalking, jogging, cross country skiing, ape lagi ye?  Pendek kata semua otot otot ko bekerja keras untuk menjayakan misi mengecutkan badan.

.... Hari ini dengan rasminya aku try untuk beginner, aku buat 20 minit dan 5 kilometer.  Dapat 100++ kalori hangus.  Kejap, 100++ je???? OK ler tu untuk beginner tapi macam tak aci lah sebab aku hari ni makan Kolok Mee untuk brunch, pastu cekodok 3-4 ketul masa minum petang dan telur rebus sajork untuk dinner.  Takde nasik.  OK kan??  Eh, aku cek kat Livestrong dot com aku dah pun bakar kalori dalam 432 macam tu so mana satu betul??? Mesin tu tipu ke atau Livestrong yang tipu???


Wah.  Apa tengok-tengok orang tengah bogel mandi atas kerusi.  Kinky tak?  Bim Bim puppy kesayanganku sedang dimandikan oleh daddy nya.  Sabun dia dah abis so lepas lunch kiterang pergi beli makanan kucing dan sabun dia sekali.  Sian Bim Bim dah rupa anak kambing kacuk lembu dah rupa dia macam tu tapi takpelah lepas mandi, nanti wangi-wangi bolehlah kau gigit selipar dan bunga dalam pasu ye Bim Bim.

Ish.  Sambil menaip sambil menguap.  AF9 final ek malam ni.  Dah hagak dah si Hazama tu menang.  Aku minat CSI jek haha.  Marathon Maria Nora Elena hari ini.  Malu nak ngaku aku dengar je kiri kanan atas bawah offline online orang dok kompang pak pong pak pong pasal Nora Elena bini si Seth Tan ni.  Eh, aku dah tau ending dia nak aku spoiler kan tak? Haha.  Takyah lah ek, simpan untuk besok-besok.  Aku bukannya apa tak tengok kat TV sebab aku dah ada Seth Tan kat umah tu tu atas tu kasi Bim Bim mandi tu Seth Tan akulah tu *dusyummm!!  Aku tahap tengok kat maritonton je, eh Jom Tonton ke Mari Tonton ye? Alah...... pokoknya ada tontonton ok ler tu.  Hari ni aku tengok dari episod 1-7, pergghhh sampai episod derang pulangkan balik cincin tunang si Id tu.  

OK.  Dah dah cukuplah membebel.  Orang nak keja besok.  Bebudak pun dah balik sekolah.  Congrats untuk orang-orang Ganu, Piala F.A. balik ke negeri korang.  Congrats Hazama, walaupun rupamu comot tapi ko power dikkk.. OK, Seth Tan dah bising, Coki Elena nak tidur so nite nite semua!!


<--- NANG Me NANG Me Say That You NANG Me!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan