Makan Tang Hoon Goreng @ After 7

By Mizz Coki - Jun 12, 2011

Hari Jumaat yang lepas malas rasanya nak lepak kat ofis waktu lunch. Semua orang berduyun-duyun keluar ofis so rasa macam left out aje.  Angkat phone terus call Encik Suami tanya nak lunch date tak?  Kehkehkeh....

Dia tanya nak makan kat mana??  Aku dah blur pulak dah.  Takpelah yang kita pergi dekat ofis je kat After 7, Kota Sentosa.


Sampai sana pun rasa macam tak tau nak order apa.  Aku ni nak makan ke bosan??  Tiba-tiba mata terpandang satu menu - Fried Tang Hoon (Tang Hoon Goreng). Whoah.  Ini sudah bagus?  Aku tak pernah makan Tang Hoon Goreng sebab kat rumah makan Tang Hoon Soup aje, taruk fish balls tu.  Sampai je Tang Hoon tu kat meja, whoaaaaa...... banyak nye condiments!  Ada sayur sawi, telur, udang, isi ikan, dan macam-macam lagilah.  5 bintang sebab dahlah porsi dia banyak, sedap pulak tu.  

Korang kalau bosan makan nasi makanlah Tang Hoon ni.  Dietitian aku suruh makan benda ni untuk gantikan nasi.  Tapi kat rumah aku tak goreng tau.  Buat Tang Hoon sup jaga badan kaedahnya.... la la la la...



Ni muka blur sempat tangkap gambar before keluar pergi lunch.  Nama je pakai t-shirt konon nak ikut perhimpunan haram bulanan tapi bak kata orang Sarawak, "PUUUUUT NDEN!" Jangan tanya maknanya aku memang tak tau.  Haha.


<--- NANG Me NANG Me, Say That You Love Me!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan