Maaf, Saya Tak Boleh Kasi Ubat, Saya Bukan Doktor!

By Mizz Coki - Jun 23, 2011

Selamat pagi cinta!

Wah tak terasa dah Khamis rupanya, heheehe tak lama lagi hujung minggu.  Ish.  Pemalas kan bunyinya.  Anyway, dah breakkie ke?  Ni makanan aku pagi tadi, wah, macam low bajet je kan?

Jemput tengok makan!  Haha.  Kopi O (1 sudu teh gula), sekeping roti (1 sudu teh sekaya), 1 ketul sosej Ayamas perisa Blackpepper.  Telur kuning tu sila abaikan.  Laki aku tu geli tekak dengan telur kuning, dicampaknya ke pinggan aku.  Daku rela kan aje wahai suamiku, enak banget kuning telornya!
Kalori: 46 | Lemak: 13  |  Kolesterol: 165



Foto pagi ini lepas mekap.  Waaaahh mata makin besar, aahahahah... dagu makin runcing, mahal tu kata Big Momma.  

Dah dah, cukup cita pasal dagu dan makan.  Ni ha, saja nak share story ngan korang.  Petang macam tu aku masa tu tengah melopong tengok movie kat YouTube (kantoi!) sambil menSTAPLERkan minit-minit mesyuarat tiba-tiba ada dua orang lelaki kat luar bilik aku ketuk pintu.  Aku senyum tanda suruh depa masuk.  Saat kaki mereka melangkah masuk, tudiah... aku nampak mata mereka lain.  Sah, patients!  Sabar Coki, Sabar... tenang dulu... hhahaa.. aku dah gabra.

Agak lama jugaklah dengar cita depa dalam 15 minit gitu non-stop siap speaking lagi abang sorang tu.  Ler, tak ler ganas mana pun, mereka nak mintak aku prescribe kan ubat untuk mereka.  Maaf ye abang-abang semua, aku bukan doktor.  Haha.  Timbul rasa kasihan aku kat mereka.  Sorang tu tak boleh tidur sebab rasa terganggu.  Sorang lagi murung, bila murung dia tak boleh jaga mak dia.  Kasihan sungguh.  Mereka ni manusia macam kita jugak kenapa orang suka wujudkan stigma macam orang perlekehkan orang gemok.  

"Takpe bang.  Besok pagi-pagi abang datang sebab besok hari klinik.  Register dulu kat kaunter lepas tu bagitau situasi abang, dah berapa lama dah tak dibekalkan ubat.  Nanti ada doktor akan bantu.  Jangan datang lambat tau nanti ramai orang, OK?"

"Terima kasih puan, puan sangat baik hati dan sudi mendengar keluhan kami.  Kadang-kadang doktor macam  bolayan je"... *Auuwww!   Terharunya dengar.


..... And as usual, Super Coki saved the day!




<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan