Ku Kejar Tak Dapat Yang Ku Kendong Jugak Berciciran!

By Mizz Coki - Jun 28, 2011


Takda maknanya ada buah kedondong dalam entri kali ini.  Aku dah kena sound dengan Encik Suami.  Banyak sangat buat kerja dalam satu masa; multi tasking konon sampai hidup pun separuh terbengkalai.  Hari biasa tu hari bekerjalah ye, balik rumah sampai-sampai dah pukul 6 petang.  Lepas tu aku kan tak boleh makan lepas pukul 7 malam, amalan jaga badan ala Dewi Gunong hahahaha!  Jangan tanya mana aku dapat gelaran Dewi Gunong tu.  Biasanya untuk dinner aku panaskan lauk-pauk tengah hari dan untuk aku sendiri aku cuma buat Sup Tang Hoon takpun rebus telur atau sosej.  Tak pun haku makan roti je jah.

Lepas tu siap-siap basuh pinggan, lipat kain baju (kalau ada melonggok dalam bakul), lepas tu mandi dan jahit felt.  Sambil jahit tu aku bukak YouTube tengok movie sampaaaaaaaai pukul 11:30 malam sebab masa tu Encik Suami nak masuk tidur, tak boleh tidur kalau lampu bukak.  Eleh... aku kalau dah nak tidur berdiri pun mata ku boleh terlena tau.  Lepas tutup lampu tu time aku buat entri blog.  Kadang-kadang sebab terlampau letih otak ku jammed membeku aku upload kan aje apa-apa gambar untuk entri, letak tajuk entri kemudian SAVE.  Pagi-pagi besok aku apdet dari ofis.  Lepas save tu aku main games sampai time tidur.  Paling awal aku tidur pun 12:35 pagi, aaaaaaaaaarrr ko tak terkejut???  Malam tadi aku tidur pukul 1 pagi jah.  Kalau hujung minggu lagilah, pukul 2-3 pagi tu memang mainan haku.

Kat ofis lagiiiiiiilah aku boleh apdet blog, buat minit mesyuarat, dengar lagu, jawab telefon, reply komen Facebook, edit gambar, kunyah buah jambu (ada ke???) dalam satu masa!!  Aaarr belum lagi kalau minit mesyuarat dah abis, aku jahit felt sambil tengok YouTube.  Aaaahh ko ada????  Buat ofis macam rumah sendiri lagi.  Filing tu aku buat setiap hari Jumaat jadi aku dah set dalam otak sekarang kalau boleh minit mesyuarat buat cepat-cepat supaya aku ada banyak masa FREE untuk buat felt dan main games atau menonton wayang horror Indonesia kat YouTube.  

Waktu lunch tu takde maknanya aku nak tidur, itulah waktu keemasan untuk aku blogwalking sambil kunyah keropok + minum air kacang soya.  Maaflah kalau korang rasa masa tidur aku tak pernah cukup 8 jam sepertimana orang sihat sebab bagi aku kalau aku tidur atau bangun lambat, aku akan ketinggalan banyak benda.  Terlalu banyak benda yang aku nak buat dalam satu hari dan mengejar datelines.  Ko bayangkan dulu aku selalu bangun pukul 10 pagi hari Sabtu/Ahad.  Bayangkan celik mata, mandi, lepas tu siap-siap masa untuk lunch.  Sorry ye, sekarang aku bangun hujung minggu seawal 7 pagi.  Peduli hapa aku tido lambat malam tadi.  Bangun awal buat breakfast, cuci pinggan, cuci kain, kemas bilik tidor, mandi lepas tu boleh jahit felt.  Petang nya boleh merendek!  Kannnnn????  

Anyway, harap korang tak biol dengar aku membebel ni.  Time ni tengah tunggu time lunch, aku update blog, dengar lagu, reply komen kat Facebook, download PC games sambil pindah lagu ke dalam BB aku.  Haha.  



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan