Khamis Terasa Macam Jumaat!

By Mizz Coki - Jun 23, 2011

Baru sempat siapkan dua coin purse. Jangan tak tau korang, aku siap menjahit felt kat meja ni sebab boss takde kedua-duanya.  Heran ye kenapa hari ni terasa macam dah Jumaat dah?  Adoi.  Ni mesti kes bosan.  Issshh takde bosan jah.  Saja aku merasakan hari Jumaat haahaha.  Aku budak baik hari ni tau.  Good girl for a day.  Minit mesyuarat dah siap, surat semua dah dalam tray boss.  Surat keluar pun camtu gak.  Takde kerja daripada merewang baik menjahit kan? Miss Alasan sungguh hahahaha!

Perut dah keriuk-keriuk ni.  Apehal orang semua hilang waktu lunch??  Aku taulah nak kuar makan ngok, tapi semacam je.  Dah pukul 3 petang baru aku teringat.  Hari ni orang gajilah weh!  Padanlah Encik Suami iya-iya ajak cucuk dinding.  Aku hengat dia nak ambik baki duit ahahahah!!  Sumpah, aku memang tak ingat rupa-rupanya hari ini hari gaji dan aku selalu lupa bila gaji.  Bukan sebab banyak duit (gaji ku seciput je tau!!) tapi macam tak terasa dah sebulan berlalu.

Laparlah....

Takde idea nak borak apa tapi best jugak bermonolog dengan blog, katanya.....  Lepas tu sambil taip senyum sorang-sorang.  Bahaya.  Dahlah memang kebetulan sangat aku kerja kat institusi mental ni haha tunggu masa je masuk wad kan?  OKlah, dah dah cukup tu time nak balik ni.  Jangan murung jangan termenung mari kita senyum sama-sama supaya otak tak tension.  Hidup biar sedap orang kata.  Terimalah foto ku tersenyum bahagia bahahaahaha!!


<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan