Happy Father's Day | Celebration Cara Mizz Coki *Love!

By Mizz Coki - Jun 20, 2011

Selamat Hari Bapa! Takmo citer sedih-sedih of courselah aku dah tak rasa nak nangis bila buat entri pasal ayah. Live goes on but memories remain. Wah macam lagu Metallica pulak. Pagi-pagi celik mata berus gigi, berus apa-apa yang patut kemudian pergi buat breakfast. Untuk pengetahuan, Encik Suami tak suka birthday dia dan Hari Bapa disambut dengan kek dan makan besar-besaran. Orang kita kan kalo celebrate je mesti menjurus ke arah makanan? Tak pon gi ‘minum’ & clubbing? Pa kata next time kita buat sambutan dengan bersedekah ke, pergi gym ke, takpun kemas rumah gotong-royong beramai-ramai. Haha. Tak pernah dibuat dek orang kan? Anyway, lain orang lain pe’el dia.


Hehe, semalam ada beli roti bantal dan sardine. OK, telur pun ada jugak. Set! Kita buat Sardine Toast Ala Mizz Coki!!! Sedap makan panas-panas dan pekena dengan Kopi O. Mintak mahap la ye. Dah nak abis baru tehegeh-hegeh nak amik gambar. Aku errkk… lapar sebenarnya.

Lepas lunch, kiterang duduk-duduk la kat living room sorang tengok TV sorang lagi jahit felt. Tiba-tiba Encik Suami pun tanya, eh…. Green Lantern tayangan dia this week start kan? Aku tak jawab sebab biasalah perangai kita laki bini suka buat benda secara spontan. Terus bukak news tengok ada show pukul 3 petang. Horaiiittzzz. Projek kita ON.

Review movie: Rasa macam tak caya je Ryan Reynolds jadi superhero @ adiwira. Ryan Reynolds ni pelakon komedi. Aaaarr citer jenaka tu makanan dia lah tu.  Ko bayangkan kalau Shaheizy Sam jadi superhero?  Tak lawak ke tu?  Jalan cerita biasa-biasa je. Tapi macam tak puas hati part last sekali. Sepatutnya semua Green Lanterns tolong dia menentang makhluk jahat tu. Huhu. OK. Takleh citer lebih kang korang pelangkung aku hehe. No spoiler OK?

Aktiviti membuang masa sambil membakar kalori. Jom tangkap gambar.  Abaikan minah baju biru yang hodoh ittew.  Huhu.  *Malu*  Time ni berangan nak jadi Green Lantern tapi lantern jadi putih hahaha!


Kembar siam.  Mak Panda biru.


Wah ilusi kurus sedikit kata Encik Suami.  Nampak tak singa tu tengah bercakap?


Coming soon katanya.  Mesti movie ni jenis gila-gila punya.  Aku memang suka si Kevin James ni.  Teringat satu scene filem Hitch yang dia cium bibir Will Smith, hahaha!

Anyway, Happy Father's Day kepada semua bapak-bapak bloggers and to Encik Suami too, thanks for being the best father to Gabriella.  We love you.


<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan