Foto Ini Sesungguhnya Menakutkan Aku

By Mizz Coki - Jun 21, 2011

The moment I am typing this entry, first of all, I would like to dedicate this entry to my late Daddy and my late Uncle Reynold 'Elvis' Gregory.  Uncle still remember that nite?

My uncle masa kiterang makan 40 hari my Dad yang meninggal 2 tahun dulu dia nak jumpa aku pada hari ke 100, dia nak aku turun 10kg.  Uncle, eventhough I had to crawl, 2 years later, today, I officially lost 10.4kg!!!

Sedihnya sebab mereka dah takde lagi. Kalau masih ada kan mereka dah tepuk-tepuk bahu aku dan siap puji aku kan?  :(  *sedih.

This is not an easy journey to walk through.  I sweat my blood and pain and embrace gastric yang bodoh gila babi itu because I am scared to death to see this picture.

Sila jauhkan anak-anak anda dari skrin pc anda OK?

Are you ready??


MAKKKKKKKKKKK!!!!  Ko nampak???  Ko nampak tak???? Mak Badak, Mak Babi, Mak Buntal ko panggil apelah I don't care cos I really hate that picture.  Foto Julai 2009.


TADAAAAAAAAA!!!  Pipi dah hilang, mata pun jadi besar ahhaahaa... Foto Jun 2011.

Bukannya senang aku nak buang lemak yang aku ternak sejak tahun 2000 itu.  11 tahun yang penuh dengan cacian manusia, ejekan, cemuhan dari orang ramai, rakan sekerja malah keluarga, darah daging aku sendiri.  Pada mata korang aku mungkin senyum sinis tapi sebenarnya aku menjerit, meraung dalam hati tau.  Aku menangis takde siapa yang tau.  Aku ketawa gelak sebatu korang boleh dengar.  Kejap.  Aku nak nangis.

Serius.  Aku nangis bila aku taip entri ni.

Dahlah.  Takde apa aku nak taip lagi.

Tapi aku nak pesan satu jelah.

SILA JANGAN EJEK ORANG GEMUK SEBAB MEMANG BADAN KAMI BESAR TAPI HATI KAMI SANGAT KECIL DAN RAPUH.

....... satu kekekan gelakan korang kat kami...
....... satu bahagian kat hati kami telah retak.....


...Terima kasih buat yang selalu bagi kata-kata semangat.  Tuhan sentiasa akan memberkati hidup korang, itu doa aku.  Well, aku kena tempuh jauh lagi perjalanan lepas ni.  Aku kena buang 76++ kilo.  Berat sorang manusia tu tau. :D


<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

11 ulasan