Finale Nora Elena : Terlebih AUTA dari FAKTA! Hampeh la spekurama di Blog-Blog Korang Hahahaa..

By Mizz Coki - Jun 17, 2011


Oiiiiii.....

Punyalah semalam kan, haku dok godek godek Google cari entri pasal Nora Elena yang buat satu Malaysia demam dan semua awek awek bujang mengimpikan suami semithali dan seromantis Seth Tan a.k.a Atan tu.  Cissss....

Ada yang kata Elena mati lepas beranak dan anaknya dinamakan Nora Elena sempena nama dia.....

Ada yang kata Yvonne mati...

Ada yang kata Seth mati kemudian Elena kahwin dengan Malik kawan si Eid tu.  Malik ke Amir korang oiii.. kan Amir yang ada hati kat Elena masa kat kampung, adake kenen kenenkan ngan si Malik yang poyo tapi sweet tu pulak ishhh!

Sempat la jugak melangut kejap depan TV petang tadi.  Aku siap jerit histeria bila Yvonne gila sewel meroyan tu pi campakkan baby ke luar kereta, hahahaha.. shashpeng aku tau!

Anyway, demam Nora Elena dah reda dah skarang ni.  Sekarang mari kita lihat aktiviti lepas balik kerja selain dari menonton Nora Elena's finale malam ini.


Anak sedara Seth Tan hubby celebrate his 2nd birthday.... adoimak, boleh aku makan sampai nak muntah???????  Sebenarnya, isk isk.. sejak berat badan turun (sikit aje, bukan berkilo kilo pun!) perut aku macam dah kecik dah.  Usus besar dah merajuk kut???  Info terkini aku dapat hari ini, seketul sosej tu rupa-rupanya lagi tinggi lemak dan kalori dari sebijik tolo rebus kerasshhh.... Tapi, sosej blek peper Ayamas tu punyalah sedap tak cukup pedas kat tekak aku pi taruk sos cili Life lagi, tapi nak wat cemana kan, kena kurangkan makan sosej huhu....... Woiii tadi aku makan nasik tau.  Haha.... padanler ribut kat Kuching ni, Diva XXXL makan nasiikk weh.  Dengan kari ayam, dengan ayam goreng, dengan sambal tumis telur, tak hengaaaatttt.....!

OK lah, aku nak upload gambar kat FB lak hmmm.. so?  Selamat malam sayang sayangku semua.... mwahhhss!



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan