Facebook Memang Terbaek!

By Mizz Coki - Jun 04, 2011

Paling best kat Facebook kan, kita randomly cari nama-nama orang yang kita kenal dan taip.  90%  memang ada akaun Facebook.  Mesti lepas tu melopong, WOW DULU KO HODOH COMOT SEKARANG KO STYLO GILER, takpun HMM. DULU KO EKSYEN KAT SEKOLAH, BERLAGAK PAKAI BARANG BRANDED TAPI SEKARANG KO JADI ATENDAN SPITAL/OPIS BOI JE.  Macam-macam ekspresi muka dan of course tak boleh bising kang hubby dengar terbukak cerita lama hahaha.

.... Tapi ada jugak part best.  Balak lama yang ko benci sangat sebab dia dah tipu kau hidup hidup.  Saya dah jumpa seekor makhluk ni.  Saya terus block dia sebab saya takut dia terjumpa saya di alam maya ini.  Tapi TETAPLAH GIGIH skodeng dia dengan menggunakan akaun hubby orang lain.  Perggghhh.. Yang herannya sekolah takat tingkatan lima tapi siap berdiri atas stage, pakai topi segi empat tu.  Bukan konvokesyen universiti tapi graduasi sekolah menengah lama dia.  Eleh, ejaan graduasi dia pun jadi 'guadasi'.  Haha.  Apa kes?  Presiden alumni sekolah ke pakcik??? Baguslah dah insaf.  Jaga anak bini baik-baik ye??? Ayat pun ayat ayat alim ulama lagi bagi nasihat kat adik adik.  Bagus.  Sudah insaf nampaknya.  Jangan jadi kaki pompuan lagi dan tipu pompuan pompuan muda cantik lepas tu pergi bomoh dan bomohkan orang ye??  Tuhan itu maha adil.  Lepas tu anak sendiri tak ngaku anak.  Anak sedara wooo!!  Wah sibuk berpolitik lak sekarang ye.  FB penuh dengan gambar menteri menteri.  Hebat.  Nasib baik aku bijak tukar suara dan buat buat bodoh bila kau call, kenapa??? Ko rasa terancam ke sebab aku pun buat online biz yang sama dengan ko?? Pigidahhhhh.... HODOH.  Bahu kecik. Cacat la ko.

Yang sorang lagi, hmmm...tak berani aku nak ADD engkau.  Maaflah.  Aku tau ko benci aku tapi aku bersyukur aku tak kahwin dengan kau. Haha.  Oh lupa nak cakap aku penah nampak kau kat satu tempat ni.  Aku terkejut gila memang aku dah hagak dah ko jadi opis boi.  Nasib baik aku tak salah pilih laki.  Dulu aku derhaka kat orang tua, sekarang aku dah jadi emak aku paham kenapa orang tua selalu bagi pendapat yang kita kira salah.  Walhal pilihan orang tua sentiasa terbaik.  Tapi aku masih senak perut lah tengok gambar persandingan kau.  Memang layak lah wahai bekas balak ku.  Lepas ni ko cari kerja bagus bagus ye, sian bini ko kerempeng sangat.  Tapi ko tak adil jugak, ada ke pantang orang belajar silat kena elakkan dari berdiri dekat dengan perempuan yang tengah period.  Mazhab mana ko ikut ni??? ahhahahaa....  

.... OK.  Tak baik aku kan.  Tengah malam macam ni pergi kutuk ciptaan Tuhan.  Haha.  Tapi aku macam tak boleh kawal keinginan jari aku nak menaip jugak.  Saja nak naikkan trafik ahaha..  Namun aku ingin berterima kasih kepada Tuhan di atas kurniaan nya kepada aku sebab aku sangat bahagia sekarang (sila refer berat badan!) dan aku tau aku tak salah pilih lelaki untuk jadi suami aku.  

So adik-adik, kalau korang besok-besok mak pak marah sebab tak suka boyfriend korang, jangan melenting dulu ye??? Masa bercinta semua indah.  Muka macam ikan Kerapu pun ko tengok macam Cristiano Ronaldo.  Lepas kahwin besok-besok barulah kau tau macam mana sengsaranya tanpa restu orang tua.  Aku dah nampak semua ni jadi depan mata aku.  Satu lagi, aku nak ucapkan terima kasih kat kawan-kawan aku kat UiTM dulu, especially budak-budak Engineering yang masa dok lepak kantin boleh bagi komen -  "Eiii hodohnya lelaki tu, tak padan langsung dengan kawan kita kan?!"  Ye betul.  Bukan omong kosong.  Bekas-ekas balak saya masuk kategori sedap mata memandang tau.  Beruk kera ni dahlah hodoh penipu pulak tu.  Nasib baik orang tua aku cepat-cepat bawak bomoh pergi rumah.  Kalau tidak....... memang aku teruk jadi tikus makmal untuk test power orang tuntut ilmu hitam, ilmu salah.  Semoga Tuhan membalas semua perbuatan kamu.  Aku taip citer ni pun aku boleh meluat nak muntah.  Memalukan sungguh.

Anyway,  aku sebenarnya mengong dan stress.  Pak mertua ajak balik kampung, tak layan nanti dia merajuk. Dahla hari Isnin nak kerja.  Baru tadi ada house blessings kat rumah mak, aku penat tau.  Penat hari Gawai belum habis lagi nak kena pergi ke Sri Aman pulak Sabtu ni.  Kopak la aku bulan ni.


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan