Entri Takde Tajuk

By Mizz Coki - Jun 14, 2011

Hari ini kan meja aku berkilat-kilat, merelit-relit sebab kerja dah clear.  Oh bangganya.  Bangga tau sebab hari Isnin adalah hari di mana bangun pagi malas menggeliat berkali-kali sampai pinggang semua berbunyi lepas tu merengek-rengek manja sebab nak ngelat.  HOiii.. kau tu P.A. kena proaktif sikit hari Isnin adalah permulaan segala hari walaupun hari Jumaat dah amik title Penghulu segala hari tau.

Budak baik pulak hari ini.  Lepak di pantri pun masa lunch ajerk taw.  Makan mee segera je lunch hari ni.  Beskuk faiber Jekob tu dah habis la pulak.  Adoi.  Cikgu Bedah mode is ON katanya.  Amik semua surat-surat yang nak difail masuk fail, siap.  Fotostat minit mesyuarat lepas ada dua minit dah siap dah tinggal nak print senarai kehadiran je.  Siap.  Update diary boss pun siap.  Nak buat ape lagi ye?  OK.  Last-last amik broadband dan bazirkan bandwith.  Another marathon of Nora Elena.  Kelig kat opis kata citer ni makin bohsan.  OH apakah sebohsan nak tunggu habis macam drama Ezora dulu?  Hai Fazura!!! *lambai-lambai manja.  Gedik taw.  Auww!  Takpe, bohsan pun bohjan bohsanlah.  Janji aku tak tersembam atas meja sebab ngantuk sudehhhh.

Masa nak balik, tiba-tiba dapat panggilan hangit.  Ada staf buat hal lagi dan derang mintak boss turun ke wad tenangkan dia yang nak bunuh diri buat hal lagi.  Wah.  Macam bomoh pulak boss hari ini.  

Korang bosan tak dengar citer aku?? Aku tau korang bosan sebab jarang-jarang korang komen sebab suka jadi silent readers kan?  Baca blog ala-ala baca buku kat library gitu.  Senyap tapi informasi masuk melekat.  Haha.  Jangan marah.  Aku mengong je hari ni taw.  Aku lapar sebenarnya tadi.  Sebabnya tak minum pukul 4 petang.  Kesian Milo aku kesepian tak berteman beskuk Jekob faiber tu.  

OK. Besok ada meeting.  Aku rasa aku kena sawan meeting lah.  Setiap minggu ada jeeeee meeting.  Rasa nak propose la pulak kat boss untuk kureng2kan meeting tu tapi takut lak S.K.T aku jadi mangsa sebab mulut badan binasa kan?  Orait doh, orang nak main game dulu tapi eeeeii dah pukul 12 tengah malam ni, seram pulak malam Senin kan?  Takut nanti Cik Kunti ada yang menemani aku kat sini.  Sebelum berpisah, terimalah sekeping foto ku yang merasakan diriku Cikgu Bedah, .....


Lipstik merah jambu.  Kerongsang bunga mawar jingga, kerana diriku begitu berharga.......

KAH KAH KAH!



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan