Eh. Ada Karate Kid kat HBO lah!

By Mizz Coki - Jun 21, 2011

Jaden Smith kat TV. Hmmm... dah makin besar anak Will Smith ni. Malam Ahad aku jahit felt depan TV sambil-sambil menonton Karate Kid (KK).  Habis semua peralatan aku punggah ha amik ko letak atas coffee table dan menjahit.  Jackie Chan punya movie of courselah aku tak boleh miss.  Peminat ler katakan.  Hey, korang yang muda-muda cuma tau Jackie Chan yang dah berlakon kat Hollywood.  Zaman aku dulu dia masih lagi pelakon kat Hong Kong, berlakon Police Story tu, haha.  Rasa kertu sangat.  Umur Jackie Chan pun dah masuk 50 tahun dah.


Aku suka tengok butang-butang ni.  Nampak comel macam-macam kaler ada.  Khazanah kesayangan aku ni, ada ribbon, klip rambut, loceng, hp strap etc etc.


Siap satu coin purse warna pink ada anak burung kacuk anak ayam = buryam.  Haha. Henpon Nokia E71 tu senang-senang masuk dan muat dalam purse ni.  Murah je, sapa nak aku lelong RM5.00 nak tak?  100% jahitan tangan tu, siap berzip bagai.  Ada dua tiga lagi purse aku kena jahit dengan macam-macam motif.  Kalau nak tengok barangan felt lain pergilah korang ke blog Felt aku tu.  Terima kasih kerana sudi dengar iklan haha.

Memang best citer tu.  Aku rasa minggu ni masih kot main kat HBO, korang surf jelah website ASTRO tu untuk tengok jadual tayangan dia.  Haaaaa... satu lagi.  Ada 'orang' tu menumpang tengok TV kat rumah kami dahla tak bayar bil ASTRO ada hati nak tengok Karate Kid... ishh ishh ish.. suruh balik tak nak pulak.



BAM BAM!!  Anjing jiran aku ni.  Tengoklah betapa sukanya dia tengok orang ber KUNGFU.  Ish ish... dahla dia minat CSI, ni anjing tahan lasak ni suka benda-benda action.

OK.  Nak sambung jahit felt lagi.  Angin rajin sedang bertiup kencang daaaaaaa....




<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan