Dah Bangun Lambat Salahkan Henpon Pulak!

By Mizz Coki - Jun 27, 2011

Hoits! Pagi ni bangun pukul 7 pagi OK? Punyala sedap aku berdengkur nikmat. Padan muka. Suruh tido tak nak, degil. Dah tu mata aku kan mata burung hantu….. mana boleh tido sebelum tengah malam kan? Bila dah tido lambat kau bangun pun rasa berat sangat. Aku dah siap set BB alarm aku pukul 6 pagi tau tapi suami terchenta ku itu pergi padam dan tido balik.  Kurang asam!  Masa nak bangun aku siap merengek-rengek manja (buroknya rupa!  Haha) sebab aku dapat dengar semua tulang-tulang dan urat pinggang aku berbunyi krek kriuk gitu. Penat macam lah hujung minggu tu pergi kebun menebas katanya walhal pergi shopping complex aje jah.  

Bercakap tentang shopping complex aku dah citer kan pasal pergi Boulevard tu kena jalan kaki tapi itu on Saturday. Hari Ahad, lepas kemas rumah, masak untuk lunch. Simple jek. Aku bantai je apa yang ada kat esbok. Eh, macam-macam aku dapat jah. Tauhu goreng dan fishball masak sos, ayam masak kicap, terung tumis kari. Auuuuu! Kannn?? Tapi tetaplah daku dengan amalan si Kilafairy iaitu makan nasi cuma dua sudu makan OK? Lauk boleh blah banyak-banyak.  Whoaaahh...Kilafairy katanya.  Ko hado??  Lepas siap-siap semua aku sambung balik kerja menjahit felt itu.  Sampai pukul 3 petang rasa bosan doh.  Cepat-cepat kiterang laki bini tukar baju jom pergi merendek ke Riverside, atau bahasa biasa orang-orang Kuching "Pergi Parkson".  Pendek kata kalau pergi sini mesti kena cakap, "Pergi Parkson" walhal ko tak masuk Parkson pun cuma cucuk duit kat mesin ATM situ atau saja nak makan kat KFC situ, oopss!  Few things yang aku suka nak bebel di sini:

  1. Eh, makin sunyi Parkson sini.  Tak happening macam kat The Spring.  Best shopping macam ni tau.  Eh, best kewwww??
  2. Sales Promoter ala-ala kertu.  Mana yang lepasan SPM??  Mana part-timers muda??? Semua dihantar ke The Spring kut?
  3. Supervisor macam nan hado jah.  Why aku cakap camtu?  Please take note pekerja Parkson kalau korang terbaca blog ini.  Parkson Kuching ye OK.  Jangan pulak Pavillion punya staff pergi serang aku lepas ni.  Not fair tau.  Haha.  Kat department yang jual henbeg pompuan tu humangaih MAKCIK MAKCIK PROMOTER, tak padan kertu kerja nya pot pet pot pet berborak!!  Kenapa aku sebok sebab laki aku terdengar a group of Chinese ladies cakap dalam dialek Hokkien.  Translation:  "Eii derang ni tak de kerja ke?  Asik pot pet pot pet!".  Memalukan aje.  Nampak je smart pakai dress code hitam tapi perangai tetap Joyah.  Aku memang tak berani nak melintas grup makcik-makcik promoter ni sebab aku sedar aku sapa, kalau aku melintas mesti derang mengumpat aku.  Kan aku gemok retis?  Takut nanti terjadi aksi tampar menampar dan timpa menimpa kang, sapa susah? Laki mak jugak tau.
  4. Lepas tu kat bahagian pinggan mangkok tu, please lah, ada promoter dalam 5-6 orang jantan betina boleh derang berkumpul dan makan kacang???!!!  MAKAN KACANG ok????? Adoiii... aku memang jeling-jeling derang ni. Sedap sungguh mereka itu makan kacang sambil ngumpat.  Ngumpat lagi.  Aku rasa derang ingat aku Cina kut, tu pasal derang macam ignore kan aje aku berdiri kat situ sambil pura-pura tengok mangkuk kristal.  Mangkuk hayun derang.  

Kutuk orang aku sendiri kain terselak tak sedar.  Aku rasa macam dah down rasa nak kerja tak tau kenapa.  Dulu, aku salu bagi motivasi kalau aku bangun pagi dengan ceria dan gembira nak turun kerja, upahnya jom gi makan Kolo Mee Ah Seng, haha.  Boleh gitu?  Sekarang kan aku konon-konon kena diet jadi bila kurangkan makan Kolo Mee aku jadi down dan malas nak turun kerja.  Habis kalau tak kerja ko nak makan apa, pasiirr???  Korang tau tak aku sebenarnya berangan ada bisnes sendiri, jadi boss, bukak ofis pukul 9 pagi, ahhahahahah!!!  Semoga jadi kenyataan, ameen!  Tapi kalau tak usaha cemana nak berjaya?? *Dusyuumm!!!*

Tak habis berangan.  Bukannya kenyang pun, makan buah berangan lagi kenyang, aih apa aku cakap ni.  Kerja mesti ikhlas baru berkat jah.  Tak caya??? Tanya pak Brahim!


Kannn??? Pak Brahim dah marah katanya....... Ekekekek!!!!



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan