Cash Out Pendapatan Nuffnang Saya Hari Ini! Yeah Yeah!!

By Mizz Coki - Jun 07, 2011

Bukak laptop.

Bukak Google Chrome.

Bukak Nuffnang,

WAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHH... Duit Nuffnang saya dah mencapai $8,459!!!!

Nyaris nak rebah dari kerusi sebab tak percaya. Pikir balik cemana nak bank-in duit kalau Nuffnang hantar cek ke rumah. Mesti orang rumah tak percaya ni. Terus bangkit dari kerusi, tiba-tiba dengan tidak semena-mena kaki saya tersadung dan jatuh!

"BUKKK!!!"

"ADOIH... CELAKHA PUNYA MEJA, KAKI HAKU SANGKUT. ADOIH SAKITNYA IBU JARI KAKI AKUU..."

|
|
|
|
|
|
|
v

Cisss!! Mimpi rupanya. Ingatkan betul-betul jatuh dapat cek dari Nuffnang tadi.

Ni semua gara-gara Cik Epal dan Yuyu Zulaikha lah ni sampai aku mengigau.  Derang dapat ribu-ribu bulan ni walhal bukan kerja pon, student lagi.  Aku kerja siang malam pagi petang pun belum tentu dapat ribu-ribu macam mereka.  Rezeki kita belum sampai lagi cek Nuffnang haritu laki haku tak bank in so hanguslah pendapatan aku yang dulu tu RM50 je nok.  RM50 pun duit jugak kan tukar ke rupiah wui jadi konglomerat kau!

Aku hari hari update blog.  FYI, lah setiap hari berbaris entri kat blog aku buat auto-update taw.  Aku dah buat entri untuk hari Khamis pun!  

Rasa macam, hmmm.. aku berborak sendiri dalam blog ni.  Followers pun tak sampai 150 orang pun.  Lepas tu, tukang komen pun paling ramai 3 orang lah.  Daif sungguh.

Anyway, takpelah.  Kalau blog dah up sikit tak boleh mencarut sesuka hati, kan?  Mesti ada orang tegur.  Agaknya hidup aku membosankan jadi orang baca pun bosan tapi ni blog aku sukahatimakpaknektok akulah nak buat ape kan?

Yang penting, kita enjoy!!!!! *sambil buat style Nora Danish tu.

Majulah Blogging Untuk Negara... katanya..

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan