Bila Tak Minum Itu Dikata Tak Pandai Bersosial

By Mizz Coki - Jun 06, 2011

Masih lagi dalam mood Gawai Dayak.  Sebelum itu aku ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf kalau sesapa tersinggung especially ahli keluarga aku yang aku tau pembaca senyap blog ini (Hello.. I can See You!).  Dilahirkan sebagai Iban tulen (pembetulan:  75% Iban + 15% Salako) tapi aku tetap Dayak bukan??.  Bohonglah kalau aku tak minum Tuak, Langkau, Wine, Bacardi, Vodka, Label 5, Chivas semua tu.  Tapi aku ada batas tau??  Aku tak puas hati ke? Ye.  Banyak benda yang buat aku tak puas hati sepanjang aku bercuti Gawai ni.  Lama dah aku tak meroyan pasal famili.  Rasa sakit hati?? Sila telan.  

Pertama:   Aku taknak sebutlah siapa sebab kalau aku sebut kang korang kata aku DERHAKA.  Kalau famili aku, bersosial tu maksudnya ko datang ramai-ramai berkumpul buat potluck, minum kopi/milo/teh sambil BBQ.  Itu  bersosial namanya.  Bukan buang famili.  Tapi aku heran my other half ni pelik.  Aku kesian kat hubby aku.  Dia ada darah tinggi.  Ayah aku dulu kencing manis tau.  Bila dah ada penyakit ni kita berusahalah untuk mengelak kalau boleh.  Bukan hubby aku tak nak pergi menziarahi sapa-sapa musim Gawai ni.  Penat tau, bayangkan mula dari cuti haritu, pergi ke Betong 5 jam driving OK?  Balik Kuching pergi shopping barang lagi sampai 31hb.  Konon nak rehat lepas tu sorry jangan harap.  Nasib baik mak aku ada buat house blessings so hubby aku amat diperlukan untuk membeli barangan keperluan macam barang basah tu.  Aku tak kisah.  Tapi bila dia kata tak boleh pergi berziarah maka ada suara sumbang dan muka muncung akan muncul kat rumah.  Cakap yang kami tak pandai nak amik hati dia.  Kalau dok pergi elok-elok takpe tapi nak menghadap arak tu je sebenarnya.  Bawak satu famili pergi dia sedap sedap duduk tapi kami melangut macam  tunggul kayu tunggu dia minum lepas tu bagi alasan hubby as a driver tak perlu minum tapi aku sebagai ganti, itu alasan yang tak boleh aku terima.  Lepas tu boleh pulak hari Sabtu buat program tergempar tanpa bincang dulu nak pergi ke Sri Aman.  Ingat naik kereta isi petrol macam isi air???

Kedua:  Selalu hari Gawai kita jarang buat open house.  Selalunya aku kat rumah mak takpun pergi makan angin macam tu.  Demi kerana terhegeh-hegeh nak sambut kat sini boleh bagi janji manis nak sponsor barang dua tiga ratus, aku dan hubby cuma top up.  OK.  Fine.  Considerate sikit sebab dah banyak aku keluar $$$  masa balik ke Betong, ditambah lagi dengan bil Streamyx, Maxis, Celcom, kereta, etc etc.  Aku sanggup dan iyekan aje, dah orang nak kongsi sapa tak nak right?  Bila tiba hari dijanjikan, cuma hulur RM30.  Ahhhh???? Daging dua kilo lebih dah RM47.  Mana lagi beli sayur dan titbits serta minuman.  Untuk kek sahaja aku dah spent RM150.  Bajet dia dah beli arak Bacardi Gold dan beer satu crate.  Itu saja.  Hampeh.  Aku kira dan congak tadi, lebih RM500 duit aku dah terbang.  Kalau setakat beli ikan keli dua tiga ekor tak payah lah nak bising-bising.  Sesungguhnya hari ini mood aku sangatlah moody.  Aku mood swing hari ini.  Pedulilah ko nak membebel memang aku tak nak dengar dah.  Banyak benda aku nak buat cuti ni alih-alih kena pergi Sri Aman pulak hari Sabtu.  

Sesungguhnya aku serik.  Pengajaran yang aku dapat hari ini?  No more Gawai tahun depan, aku nak pergi makan angin.  Memang down giler aku hari ini.  Sesungguhnya inilah kelemahan bangsa aku.  Kuat minum.  Bila ditegur, marah pulak.  Aku benci orang kuat minum.  Bila lepas minum mulalah jadi bodoh.  Ini hakikat sebab jadi depan mata.  Bila dah mabuk mulalah cakap besar.  Bukak pekung di  dada.  Sapa-sapa yang ada anak berpangkat besar siap menayang lagi.  Macam lah kau yang sekolah sampai amik PhD.  Yang terer sekolah tu anak kau, bukan kau.  Lepas tu bila dah bersaing-saing akhirnya bertumbuk dan berbunuhan sesama sendiri.  Takde apa yang dibanggakan sangat kalau kau terer minum.  Dapat penyakit adalah macam ayah aku.  Ingat arak tak boleh bagi kau kencing manis?  Liquor tu dibuat dari anggur, tapai, gula perang, gula pasir, beer tu pun carbs dia tinggi tau?  OK.  Lagi satu, kalau tak teguk arak terus jadi bodoh dan pelupa.  Mana taknya, otak dah rosak saraf.  
Kalau nak tau cara kuatkan otak dan minda SILA KLIK SINI.  
Korang mengong baca entri ni aku tak salahkan korang.  Aku takde tempat nak meluahkan cuma di blog picisan ini.  Sekian.       

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan