Aku Kena Geget Kucing, ........ Lagi.

By Mizz Coki - Jun 20, 2011

Eiii... sakit tau.

Dulu tahun 2008 pernah kena sekali.  Erm, kena kat ibu jari kanan sampai bernanah.  Kurang dari 12 jam OK?  Hebat tak penangan kucing?  Nasib baik cepat-cepat bawak berubat pergi ke klinik.


Ni.  Kucing mak mertua ku, si Chiming yang buat.  Dia ni macam sewel sikit.  Sewel tapi comel.  Masa aku jahit felt dia datang nak mintak dok kat pangku, ok makmok pangkulah.  Mak Mok tu panggilan manja aku bahasakan diri aku Mak Mok dengan binatang-binatang kat rumah.  Cute tak bunyi Mak Mok tu? Hawau.... Aku usap-usaplah belakang dia tiba-tiba boleh dia melompat dan terkam tangan aku??  Aduh!


Nilah rupa kucing pontianak si Chiming 'Cullen'.  Mata bepinau tengok posing tangan letak bawah tapi body kat atas tu hahaha!

Oh ya, kat rumah kita ada 8 ekor kucing, 2 ekor anjing, 2 ekor kura-kura, seekor ikan Kaloi dan ada beberapa ekor ikan Puyu itu Encik Suami yang beli.  Daku tak reti bab bela ikan ni.  Yang haku tau pekasam ikan Puyu sangat mantap!



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan