Aku Benci Ambik Minit Meeting Tapi Aku Tetap Attend Jugak Sebab Dia Ni

By Mizz Coki - Jun 16, 2011

... Tajuk kenmain panjang.  Gedik.


Sapa orang tua ni?  Sedap kan rupa dia makan Mee Jawa tu?  Motif keluar kat blog ni?

Aku memang selalu meroyan kat blog pasal aku sampai naik sawan amik minit mesyuarat.  Tiap-tiap minggu tau.  Bosan dah rasanya tapi apa boleh buat, aku suka kerja kat sini.  Aku dah betul-betul jatuh cinta dengan tempat ni yang 'Sentosa' sangat untuk bekerja.  Staf tak ramai, workload kurang tapi tetaplah amik minit tu yang selalu buat aku tak tentu.

Dalam ramai-ramai staf, kalau pakcik ni tak hadir meeting kan mesti aku tercari-cari. Biar aku panggil dia Uncle P.  Kadang-kadang ada gak yang berseloroh, kenapa kau carik dia? Kau rindu ke?  Elehhh.. mestilah... aku rindu sangat... sebab.... 

sebab.....

sebab....

Sebab dia mirip mendiang ayah aku.  Ye.  Aku rindu kat ayah sangat-sangat.  Aku kan anak ayah.  Tiap-tiap ayah aku akan miss call aku dengan harapan aku dapat call dia balik which I never failed to do only at certain times aku busy dengan boss aku boleh lupa call ayah aku balik.

Pada bulan terakhir dia bersama kami, dia call aku sampai 3-4 kali sehari.  Dia macam rindu sangat nak bercakap dengan aku sampai kadang-kadang dia habiskan kredit hp dia semata-mata nak berborak ngan aku.  Memang aku ngaku, aku rasa rimas tapi bila dia dah tak ada aku tercari-cari dia dan rasa sangat menyesal bila aku fikirkan balik.

Aku selalu berdoa pada Tuhan, aku tau aku takkan dapat jumpa ayah aku lagi kat dunia ni tapi kan, aku nak dia tahu bahawa aku sangat rindukan dia dan berharap kat luar sana aku akan jumpa seseorang yang menyerupai dia supaya dapat aku lepaskan rindu aku dengan hanya berborak dan memandang wajah nya.


Terima kasih Tuhan kau telah menemukan aku dengan Uncle P ni.  Dia memang menepati kriteria ayah aku.  Dengan takde rambutnya, dengan celoteh dia kadang-kadang suka merapu masa mesyuarat, mengada-ngada, memang macam ayah.  Pernah satu kali tu dia masuk wad sebab kena serangan jantung, aku dah separa menangis kat ofis tapi aku kontrol macho sebab boss aku yang sampaikan berita tu takkan aku nak nangis depan boss tak rock kalau macam tu.  Aku kan ganas.  :p

Tak lama lagi dia akan pencen.  Aku berdoa agar dia dilimpahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat selalu supaya aku dapat berjumpa dengan dia lagi pada masa akan datang.  Harap-harap dia bosan kat rumah pastu sambung kontrak wah, mesti dapat jumpa dia lagi.

Ish... rasa nak nangis dah bila type entri ni.  Ahad ni Father's Day.  Aku teringat sekarang, Father's Day terakhir ayah merajuk sebab dia kata anak-anak tak ingat kat dia.  Sebenarnya mak buat surprise suruh beli kek dan sambut kat rumah.  Happy sangat time tu.  Tahun ni tahun kedua dah takde ayah.  Hanya doa dan kerinduan yang dapat aku kirimkan buat ayah.  Nak cakap apa lagi ye?  Mata aku dah berkaca ni, sebak gila dah

Aku harap korang janganlah membebel ke merengek ke kalau ayah korang sakit dan buat buat aksi manja.  Walaupun aku dan hubby bergilir hantar ayah berubat dulu tapi rasa macam tak puas nak berbakti untuk dia.  Bak kata adik aku masa bagi ucapan pada funeral dia, "He completed his race....."  Dia pergi memang tepat pada waktunya.  Dia pergi bila semua tanggungjawab dia pada keluarga dah selesai.

Sekarang, aku anak sulung.  Tanggungjawab ayah aku galas sekarang dan aku harap adik-adik aku akan jaga mak baik baik macam mana ayah jaga mak dan kiterang dulu.
Happy Father's Day Apai, though you have gone far away, our memories remain deeply in my heart and we're glad that you finally rest, in His arms.  God, take a good care of him, please watch his diet will You?  Tell him not to worry for now I am a big girl and strong enough to take care of Mak, Yot, Toy & Ted.  Rest in peace Apai.... We always love you, always we will.  Amen.



<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan